Posts Tagged ‘hostel’

Catatan Mingguan Amalina

Kita mulakan dengan minggu lepas iaitu pada hari Jumaat tanggal xxx (okay sila rujuk kalendar sendiri). Macam biasa, Ibu dan Adik-adik ambil di hostel. Macam biasa juga, Adik sms kata dah sampai. Sampai maksud dia di sini sampai pagar DEPAN sana dekat library. Diulangi DEPAN ye. Hahahaha… Nasib baik dah trimester 3 so faham lah. Kalau tak aku dah turun dulu. Cheh.. Kemudian makan di Marrybrown Tesco Banting. Makan apa tak payah ceritalah sebab dah lupa menunya. Haha

Lepastu apa ek.. Kejap.. Fikir kejap.

Oh Jumaat buat kejutan dengan memasak untuk keluarga. Ececece.. Masak apa? Jari roll (bak kata Kak Sheyna) sebab termasukkan jari sendiri dalam minyak panas. Nice. Memang terbaik. Macam biasa, kereta dan motor dah tak ada kena lah curi-curi drive BEX (kalau niat baik dikira curi jugak ke?) bawak diri ke pasaraya berdekatan sekadar membeli sebuku roti gardenia dan setin sardin. Suri rumah yang berdedikasi bukan. Apa-apa pun kredit to Kak Hanis sebab bagi menu walaupun sebenarnya dah google. Saje nak dengar secara live. :p Yang paling penting Ayah kata sedap boleh bukak kedai. Hahahahhaha entah-entah saje nak bodek anak dara beliau yang seorang ne.. Lol. Ayuh, saksikan :

DSC01240

Ibu kata sardin roll sungguh gebu. Jawab penulis, penulis bodek sosej roll rintik tapi dalam hati sahajalah, hahaha. Malam pergi mana eh? Lupa lupa…adoii

Esoknya, Sabtu pergi pesta buku kat PWTC. Sebenarnya pergi jalan TAR dulu. Ikut Kak Pidah rombongan cikgu-cikgu sekolah. Layan aje lah. Hehehe cikgu-cikgu aku jugak ;p Nasib lah.. Pergi jalan TAR duit dah habis beli kain ela. Boria kain cotton dengan Kak Pidah nanti. Nanti tu bila? Ehem ehem. Jalan bertiga dengan teacher Lene. Actually teacher Lene is my cuzzy’s cuzzy. Nice kan. Ala aku panggil kak pun sebab umur lebih kurang. Nama penuh rahsia kang ada orang google naya jep. Haha. Gambar ada tapi dalam kamera merekalah. Aku malas nak bawak kamera. Yang penting kami bukan pesta buku tapi pesta makan. hahaha. Oh ya, pencapaian terbaik pada pesta buku kali ini ialah tidak menghabiskan masa di booth linguaphone macam tahun-tahun sebelumnya walaupun dah beli 5 atau 6 tahun yang lepas. Layan aje lah. Bukan rugi pun, cuma rugi masa lah dengar mereka membebel. Hahahaha. Nasib lah sapa google “linguaphone” lalu terjumpa blog ini. Sungguh tidak membantu.

Kejap. Ada pergi Jusco tak ek? Wey adik ada pergi Jusco ke tak minggu lepas?

Yang paling best, Ahad pukul 6.15 pagi dah terpacak depan kereta. Balik pagi-pagi sebab Ayah nak main golf kat Bangi. Nak tak nak kena ikut lah nanti menyusahkan pulak nak patah-patah balik hantar lagi. Haish.

Tengah ingat lagi apa yang berlaku seterusnya.

Hermm…

Haaa okay dah ingat. Hari Isnin petangnya bergambar dengan Nana dan Iylia. Tak plan pun sebenarnya sebab ingatkan nak street shooting hari Khamis (kononnya lah). Nana bersemangat bawak D90, Iylia pulak D80.. Aku sorang pakai SONY.. Haishh..Walaupun gerimis, tetap semangat naik bas dan mintak pakcik bas berhentikan dekat kandang kuda. Frankly speaking, pemandu bas India sangat baik berbanding dengan pemandu bas Melayu (Tapi engkau jangan bandingkan dengan pemandu bas Klang-Banting lah memang lah tak sama. Zzzz) Banyak gambar tapi malas nak pilih. Sekarang dah pukul 2.48pagi. Saksikan apa yang ada.

DSC01276

Tiba-tiba gambar terbesar pulak. Tak tau nak tangkap apa sementara bas datang. Ini ialah masjid UNITEN kesayangan ramai yang dahulunya pemandangan bilik lama aku. Sobs sobs.

Ini Nana dengan D90 nya.

Iylia. [;

Wawa dan Ichi peneman setia kami yang setia. Lol

Malamnya pulak siap aku dah tarik selimut Kak Fatin ajak pergi minum. Ciss mentang-mentang budak degree dah siap cuti. Tapi akhirnya ke Funfair Balakong dengan Lisa sekali. Gua naik yang pusing-pusing haramjadahtaktaunama tu sampai pening-pening loya-loya nasib baik tak muntah. Esoknya dalam kelas masih rasa loya-loya lagi. -.-” petang langsung dah tak larat nak masuk kelas.

Funfair tersebut. Eh aku bukan naik yang pusing-pusing lembik tu tau. Pandai-pandai sahaja engkau. Tu haa yang ala-ala kat genting highland macam buaian tu. Brother baju oren tu (siapa tak nampak pendek umur) boleh pulak tetiba panggil-panggil suruh ambik gambar lagi. Hahahaha laen hal lah sana. Kau ingat kau artis ke. Kalau Fahrin pun belum tentu aku nak ambik gambar. Hahah. Panjang pulak caption gambar yang ini.

Lepastu baru pergi makan dan minum dalam keadaan pening-pening lalat. Teh O ais limau asing yang digebang-gebangkan di YM. Lepas balik terus update kat status siot. Kahkah.

Hari Rabunya seperti yang dijanjikan Isninnya kami ke Sunway Pyramid sebab Kak Fatin mengidam ayam penyet. Okay tershopping kat roxy pulak. Ter ye tak sengaja. Kemudian tapau lagi popeyes. Aku tapau french fries aje, Lisa yang tapau satu set. Heh..

Kak Fatin dan Lisa

Oh ada jugak penulis kesayangan anda. Sediakan plastik sebelum muntah.

Jumaat keluar lagi tapi berdua dengan Kak Fatin sebab Lisa dah balik Pendang. Terasa macam budak degree pulak tiba-tiba asyik berjalan sana sini buat-buat lupa test physics dan beberapa kuiz. Haha.. Konon nak lunch tapi tersampai kat KLCC, alang-alang tengok lah How To Train Your Dragon. Sumpah best. Malamnya ada qiamullail di rumah saya (tiba-tiba guna saya pulak) Sabtu konon nak study dengan Nana tapi tewas dengan Baby V kesayangan sebab seminggu berpisah lama. Haih. Itupun ambik hari Khamisnya dengan Nana sebab Vaio dia pun rosak jugak. Lunch kat Alamanda sebelum Kak Fatin holiday. Bikin gua jeles betul.

Ahad iaitu tadi duduk, baring, tidur, makan dan minum di rumah sahaja. (Kau tak mandi ke Iena?) jahsgdqahdwvqwgdqausdahgsdhagschscd. Dinner dengan Wawa n Nana lepastu study physic. Konon plan nak pakai jersey MY tapi MU kalah pulak jadi tak pakai simpan sahaja dalam almari. Sebenarnya buat beberapa soalan lepastu we all buat kerja lain. Wawa rajin sangat iron rambut we all, nak buat macam mana.. Hehe.

4.06pagi. Sekian.

Takde idea.

Assalamualaikum. Okay nak gelak kejap [padahal lama]

Err nak mula ayat macam mana eh? Aduh.. Ketandusan idea tetiba walhal tadi dalam kelas punyalah mengarang sakan kalah karangan 6 muka surat SPM. Maaf sangat-sangat dah lama tak update blog sebab kesuntukan masa. Haha suka hati nak percaya ke tak tapi macam tak nak percaya kan. Kan kan? Mesti engkau bosan sebab tiap kali update blog mesti menggunakan intro yang lebih kurang sama. Tema : Mintak maaf sebab dah lama tak update blog. Kahkah perasan betul padahal takde siapa nak baca. Okay fine T________T Eh eh least I tau ada beberapa orang yang baca sebab selalu tanya tak update blog ke, tak pun jumpa lepastuh membicarakan isi kandungan blog.. Hahahaha. Anyway, aku merindui isi kandungan blog lama berdomainkan sangkut.org tapi dah tak back up nak buat macam mana kan. Menangis air mata darah sekali pun tak guna takkan muncul balik. Kat situ lah entry-entry bercirikan pelajar sekolah plus asrama tersemat.

Kehidupan di UNITEN macam biasa cuma kadang-kadang terlewat masuk kelas. Ehem, I bangun awal okey tapi tah kenapa mind set ke hapa tah mesti tunggu bas jam 9.30-9.40 pagi tapi belakangan ini dah awal sikit lah.. hehe.. Anyway aku sangat bersyukur dengan kawan-kawan yang ada di sekeliling, walaupun tak sama dengan sahabat-sahabat baik yang masing-masing meneruskan perjuangan di tempat yang berlainan. Walaupun masing-masing cuti tapi jangan harap nak jumpa sebab mempunyai komitmen yang luar biasa. Pipi contohnya, mesti nak kerja kat Jusco demi Ah Wei kesayangannya.. Sanggup si Ah Wei bayar extra RM0.50 sejam sebab nak Pipi kerja walaupun seminggu sahaja. Haha.

Okay kejap lagi update pasal pengalaman kerja kat Jusco walaupun dah setengah tahun meninggalkan karier tersebut. Eh ada lagi. Lupa nak cerita pasal cafe kat COIT. Tender baru kan, tetiba harga ikan keli seekor RM2.50, nasi putih RM1.50.. Rasa nak pengsan tak? Jom pengsan sekarang. Lunch aku bernilai RM7.80 tadi. [Eh Iena, standard lah kat bandar harga macam tu, kecho lah engkau] Hahaha embahkau standard. Engkau ingat ini bandar apa? Bandar di raja? Selama ne makan kat cafe tu tak pernah lebih RM5 tau! Bak kata Lisa, “nasik lemak aku makan selalu RM2.80 je.. Perghh perghh” Ikin pulak, “Fuhh Ikin selalu makan nasik lemak kat Upten pun RM3.00++ siap air buah lagi”. Last week ayam goreng masih berharga RM2 seketul tapi tetiba semalam naik RM2.50. Kenapa wahai makcik? Ingat kami staf ke? Adehh. Nasib lah dah 1 cafe sahaja yang wujud kat COIT. Walaubagaimanapun, tahniah makcik sebab tak ada bad record lagi macam pakcik tender sebelumnya. Bayangkan tengah sedap aku makan lepas 24jam tak makan nasik tetiba ada lalat kejung? Hahahahaha nak tak nak sambung makan terus buat-buat tak nampak sebab dah kebulur tahap hcgsduifw. Gambar ada tapi nanti lah upload kalau rajin sebab malas nak bluetooth dari handphone.

Ada lagi. Teringat pulak bila bercerita pasal gambar. Tadi letak camera sebelah laptop sebab nak transfer gambar, tetiba setengah jam kemudian baru perasan yang kamera dikelilingi semut. OMG.. Terkejut gila gua tangan siapa lah yang “manis” yang gatal pegang kamera. Nak menangis gua tetiba tengok semut yang sebegitu banyak menodai kamera kesayangan T__________T

Akhir kalam, ini lah entry bercirikan takde idea tersebut. Selamat menyambung kerja masing-masing.

p/s : i’m sorry if i didn’t approve you in my FB. Just because, it’s too privacy.

UNITEN

Assalamualaikum. Lama benar dah tak update blog. Sangat banyak entry kat draft yang tak dipublish dari bulan Februari sebenarnya. Entaa kenapa, mood berblogging semakin hilang ditelan arus modenisasi. Errr…. Biasa ah, mengupdate blog pagi2 buta pabila semua orang sedang nyenyak tidur sangat mencabar jiwa dan raga sebenarnya. Eh, tyra roomate aku belum tidur kot. Ciss.. Mentang2 bf overnight kat Amanah. Guys, jom ramai2 ajak bf overnight kat Amanah? Err… What the apple lah kan? Amanah ialah sejenis perkataan yang diadaptasi dari bahasa Melayu… Wtf Nur Amalina?!

Amanah ialah apartment pelajar lelaki yang tak ada lif setinggi 4 tingkat, sama dengan pelajar perempuan lah cuma nama apartment kami ialah Ilmu. Err, macam tak ada kesinambungan ah plak kan? Lagipun, Amanah agak baru sket. Ciss.. Jom pindah Amanah. Bye. Tapi duk kat Ilmu kot paling best? Nanti aku bagi tau kenapa.. Jeng jeng jeng!

Hari ini housemate aku, a Kelantanese memasak breakfast dan dinner.. Fuhh… Memang sedap hingga menjilat kaki i tell u. Oke tipu.. Sebenarnya teringat kata2 Kak Lyn siak, housemate dia, a Kelantanese masak semua tak basuh dulu sebab nanti vitamin2 dan zat besi hilang katanya.. Wahkahkah.. What the kemproh ah kan. Tapi nasib baik housemate aku yang ini antonim sifatnya. Dah lah rajin mengemas dan memasak, sampah kat sinki pun hari2 dia yang buang. Dan juga masih single mengambil Mechanical Engineering (mechi). Whewwitt.. Sapa nak ngorat boleh cuba email aku oke.. Pics masakan bliau x sempat ambik sebab Lin, housemate aku lagi sorang dah kekah dulu.. Hakhak…

Next entry aku cerita housemate n roommate lagi sorang plak k.. Nyamuk bawah meja neh semacam jeles ah plak. Sabar Nur Amalina.

Katil pun memanggil.
Zzzzzzzzzz

I’m back

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Sudah tersangat lama rasanya aku tak update blog. Kasihan kau blog. Sebenarnya banyak cerita nak taip, banyak cerita nak tulis, banyak cerita nak… Err okeh.. Blog tidak diupdate untuk beberapa bulan lamanya. Insyaallah bermula hari ini, segalanya akan berjalan lancar kembali. Whewwitt.. Ini bukan janji kosong atau air kosong free macam kat COIT. Err,, iena, COIT tu aper? Bye. Aku akan kembali berblogging dengan harapan internet kat Ilmu tuh tak macam chipsmore. Tertekan baii…

Sebenarnya yang membuatkan aku excited ialah domain ni. Iena dah ada domain+hosting sendiri siak. Boleh berbangga dengan orang kampung sket. Wahkahkah. Sedang berharap segala isi ceritera dalam iena.sangkut.org dapat dikembalikan. Agak sedih sebenarnya. T________T

Err..okeh.. Tak tau nak cerita apa dah. Malam ah ek.. Zzzzz