i’m back!!

Assalamualaikum semua. Maaf buat semua peminat yang dicintai dan dirindui sekalian kerana sudah lama melupakan blog ini. (ewah intro nak poyo je) haha.

Agak lama jugak tak update sebenarnya, semuanya dalam draft sahaja. Kalau dalam draft sahaja maksudnya alamat lah so lepas ini takkan buat draft lagi dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengupdate blog setiap hari (kalau mampu). Sebenarnya aku lupa doh ada blog siap password n username pun tak ingat dah tapi nasib baik flock daku hebat boleh save password bagai. (Hek eleh iena, browser kitorang pun boleh lah). Haha nak bangga sket pun tak boleh.

Selamat hari raya adilfitri maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali diri ini tidak kira di mana anda berada sama ada di pluto, marikh hatta dalam tanah sekali pun.

12 Oktober ini akan bermulalah peperiksaan akhir trimester untuk trimester pertama. So para pembaca blog sekalian (walhal tak ada sapa nak baca pun T______T [anggap ada jugak] nangis lagi T_____T) doakan yang terbaik untuk aku. Kak Pidah kata kalau dapat 3.5 n above dia sanggup bagi w550i yang berikat getah tempe. hahaha. i loike.

okay lah semua buku dah memanggil. (eleh padahal nak lipat baju yang berlambak)

Ihya’ Ramadhan

Alhamdulillah. Dengan izin Allah SWT, program berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya mengalami masalah. Biasalah, kalau tak ada masalah, tak ada la cabaran kan. Program berlangsung di beberapa buah kampung di sekitar Gombak. Kampung Sg. Pusu, Kampung Sg. Chinchin dan Kampung Sg. Changkat. Kami seramai lebih kurang 50 orang terdiri daripada ahli-ahli PEPIAS daripada berbagai cawangan dibahagi-bahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan akan dapat 3, 4 atau 5 buah rumah. Group aku dapat 3 buah rumah sahaja. Hehe^^

Rumah pertama yang dituju ialah rumah seorang pakcik yang cacat sejak lahir , kemudian ke rumah seorang nenek tua berusia 95 tahun yang baru lepas menjalani pembedahan kerana terjatuh sewaktu hendak mengambil wudhu’ dan terakhir ke rumah sepasang suami isteri yang berusia dalam lingkungan 75 tahun. Gambar akan diupload kemudian. Sebak melihat insan yang serba kekurangan ini. Lantas teringat nenda di rumah yang tinggal seorang diri lalu berazam nak berbuka puasa di rumah nenek tiap hari kalau boleh tapi kalau dah dapat internet di rumah, alamat la. Huehue. -.-

Mereka semua serba kekurangan tapi hidup dengan bahagia. Kita yang serba lengkap ini? Masa tunggu Abg Anam n Kak Nur ambik kat LRT Taman Melati, ternampak dua orang buta turun dari teksi lalu meraba2 dengan tongkat dan hampir terlanggar tiang. Omaigod. Sayu betul rasa nak nangges time tu jugak tapi tahan (sebenarnya dah menitik pun setitik dua). Lalu aku tunjukkan tangga, nak beli kan tiket sekali tapi, entahlah. Mungkin kesedaran sivik masih kurang lagi.

Ada juga para sahabat yang ke rumah orang bisu dan pekak sekeluarga, masalah mental dan bermacam-macam lagi. Kalau bisu dan pekak, mesti tak ada yang sentap kan? Yes, macam aku sentap masa KKPI haritu. Makan dalam siak. Walaupun aku ni jenis yang malas fikir dan tak berapa nak berperasaan, but frankly speaking, words dia doesn’t make sense!

Lastly, rasa bertuah dapat mengenali Kak Zati, Kak Hanis dan Kak Nur. Thanks guys. Sayang kalian!

Tamat. Hampir banjir plak keyboard ni sebab menaip entry sambil T________T

Tag oh Tag

Bukan smart tag ye harap maklum. Ini tag daripada Anot.

‘STATE 5 INTERESTING THINGS ABOUT ANOT’

1. Suka belanja aku makan
2. Mengidamkan N97
3. Bfnya ialah sepupu aku (interesting ke?)
4. PELUPA
5. kesemua di atas

now ‘TELL 10 THINGS ABOUT MYSELF’

1. Tidak suka menunggu walaupun sesaat hatta engkau perdana menteri sekali pun. Tolong tepati masa.

2. Tak suka orang panggil nama aku Amal tapi since bros n sistas PEPIAS panggil Amal, I like mat rempit.

3. Suka makan bawang besar dan ayam goreng.

4. Mencintai barangan SONY dan NIKE.

5. Pelupa kadang2. So tolong ingatkan banyak2 kali kalau ada apa2.

6. Lebih rela online dan tido dari makan, lagi2 kalau terpaksa ke upten

7. Sedang belajar di UNITEN dan berharap dapat grad dengan cepat, kerja cepat2 kawen cepat2.

8. Bercita2 memiliki perniagaan sendiri kelak.

9. Tidak suka tempat yang sesak dan ramai orang…eee yewww…

10. Choosy dalam berkawan.

CHOOSE 10 BLOGGER AS MY AWESOME BLOGGER BUDDY

Tak ingat rakan mana yang ada blog sebab tak link kan..hehe^^ So kalau sesiapa baca, sila lah tag diri sendiri jangan malu jangan segan.

Untitled

Promoter 1 : haiyyoo…habes tu apa macam?
Promoter 2 : itu macam la..kalau ada, ada la…kalau takde diam saja mah..
Promoter 1 : Itu pelempuan dia punya bini takda mintak ka?
Promoter 2 : Ada jugak tapi dia punya laki buat bodoh saja. Diam saja..

What the ……………… lah pekedai2 photostate ni punya topik yang sungguh tak agak-agak walaupun ada customer underage. Pegi kedai photostate mesti la memfotokopi kan, tak kan la menservis kenderaan pulak kan. Sebenarnya aku pun tak tau nak buat intro apa untuk entry kali ini. Dulu masa sekolah ada jugak dialog Shidin n Jemek di pagi-pagi hari yang hanya difahami kami bertiga sahaja.. Wahkahkah.. Shidin, how are you ha? Whats up? Rindu kau doe! Dan pastinya sesiapa yang menggoogle nama Juma’aturrashidin akan masuk ke sini secara automatiknya. Hahaha.

Sedih gila tak dapat picnic dengan Kak Zati n Kak Anis kat Sungai Chongkak.. Tak pe la, tak ada rezeki kot..Banyak masa lagi.. Dah lah tak dapat melawat kawan-kawan KKPI Selatan. Tak pe lah, mesti ada hikmah.

Esok dah balik UNITEN. Ohh cepatnya cuti berjalan, merangkak dan melompat. Tapi cuti agak bermanfaatlah jugak sebab bermain WLO sahaja since semuanya (Kak Arr, Kak Ci, Dread, Pi) dah kembali.

Sekian.
Menuju ke dapur.

UNITEN cuti,,,

Finally… Walaupun agak lambat sedikit dari Muadzam, tapi akhirnya cuti jugak..hahah….tapi yg x bestnya, cuti jadik pendek.. wtm sungguh…

7-9 Ogos ne Kursus Kepimpinan Pelajar Islam, akan buat yg terbaik InsyaAllah.

Sekian.