• Mark + Lindsay
Profile Picture

About The SLR PhotoFeature Theme

Takde idea.

December 29th, 2009

Assalamualaikum. Okay nak gelak kejap [padahal lama]

Err nak mula ayat macam mana eh? Aduh.. Ketandusan idea tetiba walhal tadi dalam kelas punyalah mengarang sakan kalah karangan 6 muka surat SPM. Maaf sangat-sangat dah lama tak update blog sebab kesuntukan masa. Haha suka hati nak percaya ke tak tapi macam tak nak percaya kan. Kan kan? Mesti engkau bosan sebab tiap kali update blog mesti menggunakan intro yang lebih kurang sama. Tema : Mintak maaf sebab dah lama tak update blog. Kahkah perasan betul padahal takde siapa nak baca. Okay fine T________T Eh eh least I tau ada beberapa orang yang baca sebab selalu tanya tak update blog ke, tak pun jumpa lepastuh membicarakan isi kandungan blog.. Hahahaha. Anyway, aku merindui isi kandungan blog lama berdomainkan sangkut.org tapi dah tak back up nak buat macam mana kan. Menangis air mata darah sekali pun tak guna takkan muncul balik. Kat situ lah entry-entry bercirikan pelajar sekolah plus asrama tersemat.

Kehidupan di UNITEN macam biasa cuma kadang-kadang terlewat masuk kelas. Ehem, I bangun awal okey tapi tah kenapa mind set ke hapa tah mesti tunggu bas jam 9.30-9.40 pagi tapi belakangan ini dah awal sikit lah.. hehe.. Anyway aku sangat bersyukur dengan kawan-kawan yang ada di sekeliling, walaupun tak sama dengan sahabat-sahabat baik yang masing-masing meneruskan perjuangan di tempat yang berlainan. Walaupun masing-masing cuti tapi jangan harap nak jumpa sebab mempunyai komitmen yang luar biasa. Pipi contohnya, mesti nak kerja kat Jusco demi Ah Wei kesayangannya.. Sanggup si Ah Wei bayar extra RM0.50 sejam sebab nak Pipi kerja walaupun seminggu sahaja. Haha.

Okay kejap lagi update pasal pengalaman kerja kat Jusco walaupun dah setengah tahun meninggalkan karier tersebut. Eh ada lagi. Lupa nak cerita pasal cafe kat COIT. Tender baru kan, tetiba harga ikan keli seekor RM2.50, nasi putih RM1.50.. Rasa nak pengsan tak? Jom pengsan sekarang. Lunch aku bernilai RM7.80 tadi. [Eh Iena, standard lah kat bandar harga macam tu, kecho lah engkau] Hahaha embahkau standard. Engkau ingat ini bandar apa? Bandar di raja? Selama ne makan kat cafe tu tak pernah lebih RM5 tau! Bak kata Lisa, “nasik lemak aku makan selalu RM2.80 je.. Perghh perghh” Ikin pulak, “Fuhh Ikin selalu makan nasik lemak kat Upten pun RM3.00++ siap air buah lagi”. Last week ayam goreng masih berharga RM2 seketul tapi tetiba semalam naik RM2.50. Kenapa wahai makcik? Ingat kami staf ke? Adehh. Nasib lah dah 1 cafe sahaja yang wujud kat COIT. Walaubagaimanapun, tahniah makcik sebab tak ada bad record lagi macam pakcik tender sebelumnya. Bayangkan tengah sedap aku makan lepas 24jam tak makan nasik tetiba ada lalat kejung? Hahahahaha nak tak nak sambung makan terus buat-buat tak nampak sebab dah kebulur tahap hcgsduifw. Gambar ada tapi nanti lah upload kalau rajin sebab malas nak bluetooth dari handphone.

Ada lagi. Teringat pulak bila bercerita pasal gambar. Tadi letak camera sebelah laptop sebab nak transfer gambar, tetiba setengah jam kemudian baru perasan yang kamera dikelilingi semut. OMG.. Terkejut gila gua tangan siapa lah yang “manis” yang gatal pegang kamera. Nak menangis gua tetiba tengok semut yang sebegitu banyak menodai kamera kesayangan T__________T

Akhir kalam, ini lah entry bercirikan takde idea tersebut. Selamat menyambung kerja masing-masing.

p/s : i’m sorry if i didn’t approve you in my FB. Just because, it’s too privacy.

Saket Mata

November 23rd, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama betul tak update blog. Padahal kalau kat mana-mana, bila-bila, selalu merangka ayat untuk update blog tapi lepastuh lupa. Lain kali kena bawa buku catatan ke mana-mana. Haha macampoyo dalam train mencatat sesuatu untuk kebaikan blog sendiri. Buat pembaca semua (semua? wtf iena, padahal tak ada sesaiapa pun baca.. haha) saya minta maaf banyak-banyak.

Baiklah.. Hari ini sangat melankolik sekali. Mata saket, mata menjadi sepet secara tiba-tiba. Saket untuk penghapus dosa barangkali. T___T dah lah tengah dengar lagu sedih, entry pun berciri sedih. Laptop pun turut sedih. Seluruh bilik juga turut sedih barangkali sebab tidak terurus dengan tuannya sekali.. T____________T (kali ini nangges panjang sikit sebab sedang chorus lagu).

Bangun pagi sungguh bersemangat. Hilang semua penat semalam. Tapi nak pegi kelas dengan mata bengkak macam nangges 3 bulan 3 hari…? nehii nehi.. Apa-apa pun, aku nak mengucapkan terima kasih banyak-banyak kat YDP PEPIAS Kuala Langat, Muslim sebab bersusah payah menguruskan semua walaupun banyak halangan di awal hingga akhir jalan. Buat Yusro n Senah jugak, thanks cari orang. Adik-adik form 3 n form 4, terima kasih banyak-banyak sudi meluangkan masa kalian. Buat Mell n Izah, terima kasih jugak sebab sudi tunggu lama kat KTM Bangi sampai wacana habis demi Muktamar untuk keesokan harinya.. =_= Terima kasih banyak-banyak buat kalian. Semoga Allah membalasnya.

Nak balik rumah nak balik rumah… Tapi ibu kat UPSI, mesti tengah dalam lecture hall atau rehat sementara Zohor barangkali. Sementara anaknya pula MC sebab saket mata. Haha. Okay lah.. Apa-apa pun terima kasih buat semua warga kerja FESTIVAL PELAJAR ISLAM SELANGOR terima kasih banyak-banyak diatas sokongan dan kerjasama anda semua, Unit Muktamar khususnya. Maaf diatas segala kekurangan dari insan yang lemah ini. =_= Oh ya, Kak Fiqah, sakit mata tak? Ke allergic? Sebab Amal yang saket neh.. Haha (Amal tu siapa? Zzzzz)

Err err maaf kalau entry sedikit bercelaru. Sekejap cerita saket mata, sekejap cerita sedih, sekejap cerita IsFest. (apa ni Nur Amalina, kami tak faham lah. Hohehuhi) Roomate pun confuse aku nangges atau saket mata. Hahaha. Adehh..

Okay semua. Nak call bapa minta pendapat nak ambil MC 1 minggu lantas berpeleseran bermalas-malasan di rumah atau tinggal di hostel umpama resort ini sahaja. Bye semua.

Notakaki: Aku dah dapat beg 6 Million Dollar Home idaman kalbu.. Merah mak ngah (kenapa kalau merah nak kena kaitkan dengan mak ngah? mak long, pak uda, kak chik tak boleh ke?) gitu. Sesiapa nak tahu macam mana, sila google di google image ye. Mesti jumpa. Kalau tak jumpa report kat aku! Haha. Bye sekali lagi.

why i LIKE SONY alpha.

October 11th, 2009

Guys. Ini kenapa aku pilih SONY. Bukan sebab brand lain tak bagus. Tidak. So, ini copy PM dalam inbox aku daripada seorang forumer. Terbaik dari ladang.! Dia juga pesan kat aku untuk edit dulu kalau tak banyak spam kang. Haha but i think no need lah.

i choose to PM u, because i dont wan to trigger another sony vs nikon vs canon arguement on sony’s thread.

nikon using sony sensor!!! if they say sony bad, then nikon bad too. simple wink.gif
those only know how to say sony is lousy but nikon are good but didnt know nikon is using sony sensor, are purely NOOB and they are well, FANBOYISH. biggrin.gif brainless kids. i have PRO friend who uses nikon’s D3x (rm30,000… yes 30k) camera also said the sony’s A900 (rm9999) is much nicer to use compare to nikon’s, they uses the excately same sensor by sony.

canon are good, i’ll admit. but sony aint bad. summore, give sony a year or two, and sony R&D (research and development) with huge funding from SONY CORP (40 times bigger then canon), why wont sony surpass them?

1. sony has the best image stablizer! to date. they have it built in the body, which can stablize up to 5 stop (for the new alphas) but those canon and nikon stablizer built in lenses, only stablize up to 3 stop max. and u need to pay extra 500-900 for an IS/VR lenses type for canon/nikon, while sony’s lens, ALL will has super steady shot ready from Alpha body.
indirectly, they will tell u how cheap thier lenses is, infact when u look at IS/VR lenses for canon/nikon, they are more expensive then sony’s by almost a thousand! ask them, those canon/nikon user, they will later tell u, “no la, u wont buy those expensive lens, we use cheap lens.” and i wish them good luck with blurry images.

Prime lenses(Best Sharpness lenses type) for canon/nikon, they Dont have VR/IS version. sony has Super Steady Shot. u’ll be surprised of the sharpness. if u are interested to know, pm me, i will mail u one shot of the prime lenses photo.

2. Live view. sony uses dedicate sensor for live view, thus it is Superfast. and by far, sony’s liveview is most advance among all DSLR!

canon/nikon live is LAGS like hell, u definately will MISS the shot. sad.gif even the simple point and shoot liveview focus system is faster then canon/nikon DSLR! thier liveview is a JOKE. ask them, they will tell u, PRO dont use LiveView. and if u ask sony users, they tell u, they get more nicer, difficult, special shot, thanks to liveview.

3. sony choose not to inculde HD recording because, HD technology is immature.
canon and nikon HD recording has no autofocus!, so u have to manual focus!, if u are not a profesional user, ur HD video will be out of focus 70% of the time! ur HD also more blur the dvd! tongue.gif

4. sony provide new operating system in the camera, to help easy learning and fast learning for beginner. trust me, u will be ameatuar in 2 month, so is my gf!

5. sony camera color is not bad iether, even my gf, doesnt know art or camera, like picture taken by my sony compare to the friends i hang out with (canon and nikons), prehaps is thier skill problem. tongue.gif

6. sony has the cheapest “best flash/highest end” vs canon (rm1799) nikon (rm1999) sony, (rm1499… street price rm1200)… and flash is the next thing u going to buy after u buy ur camera. they also have the new release F20, which is a mini flash, which perform, of coz, better then the built in. wink.gif

7. wait i go drink water first, later continue.

8. i was joking, i think 6 point above enough to convince u, u’ll be surprise more later how well a sony alpha can do for u.

9. btw, sony alpha is not new DSLR in the market, they have 80 years of history,… so is nikon and canon. smile.gif summore, a lot lenses from alpha’s predesessor (konica minolta) design were copycat by canon!

10. sony have lots of lengendary lenses. heard of beercan? mirror lenses? and STF?(soft transistion focus)? and we have CarlZiess, super sharp and clear lenses!

so itu lah sebabnya. eh ada lagi.

well, honestly, D90 is a good camera, and in fact, i loved that camera!! hehehe, but it is overpriced, mainly because of the brand Nikon (like Nike, branding value)… but i will tell u this, after 3 or 5 years, when sony hold 40% of DSLR market share, i believe they will have the same problem, branding value, making sony DSLR price goes up even higher then nikon!

and Sony is CRAZY< they come out with A550, just to kill D90 market, (A550 is far better then D90, and the best thing, it’s cheaper!) and the A850 fullframe, is cheaper then nikon’s D700 fullframe! OMG, the A850 will KILL the nikonD700 market… then u will see that nikon sale will drop so much that thier sharemarket price will drop, and maybe SONY will buy out Nikon! @.@ if u study world market and finance, u will see it too…

komen dan cadangan yang MEMBINA adalah diperlukan. Berikan pendapat anda juga. (Okay ini bukan pertandingan so tak ada hadiah untuk anda T_T) Kalau rasa menyampah sila tekan Alt+F4 tanpa ragu. Hehe [: Sekian.

i'm back!!

October 8th, 2009

Assalamualaikum semua. Maaf buat semua peminat yang dicintai dan dirindui sekalian kerana sudah lama melupakan blog ini. (ewah intro nak poyo je) haha.

Agak lama jugak tak update sebenarnya, semuanya dalam draft sahaja. Kalau dalam draft sahaja maksudnya alamat lah so lepas ini takkan buat draft lagi dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengupdate blog setiap hari (kalau mampu). Sebenarnya aku lupa doh ada blog siap password n username pun tak ingat dah tapi nasib baik flock daku hebat boleh save password bagai. (Hek eleh iena, browser kitorang pun boleh lah). Haha nak bangga sket pun tak boleh.

Selamat hari raya adilfitri maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali diri ini tidak kira di mana anda berada sama ada di pluto, marikh hatta dalam tanah sekali pun.

12 Oktober ini akan bermulalah peperiksaan akhir trimester untuk trimester pertama. So para pembaca blog sekalian (walhal tak ada sapa nak baca pun T______T [anggap ada jugak] nangis lagi T_____T) doakan yang terbaik untuk aku. Kak Pidah kata kalau dapat 3.5 n above dia sanggup bagi w550i yang berikat getah tempe. hahaha. i loike.

okay lah semua buku dah memanggil. (eleh padahal nak lipat baju yang berlambak)

Ihya' Ramadhan

September 1st, 2009

Alhamdulillah. Dengan izin Allah SWT, program berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya mengalami masalah. Biasalah, kalau tak ada masalah, tak ada la cabaran kan. Program berlangsung di beberapa buah kampung di sekitar Gombak. Kampung Sg. Pusu, Kampung Sg. Chinchin dan Kampung Sg. Changkat. Kami seramai lebih kurang 50 orang terdiri daripada ahli-ahli PEPIAS daripada berbagai cawangan dibahagi-bahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan akan dapat 3, 4 atau 5 buah rumah. Group aku dapat 3 buah rumah sahaja. Hehe^^

Rumah pertama yang dituju ialah rumah seorang pakcik yang cacat sejak lahir , kemudian ke rumah seorang nenek tua berusia 95 tahun yang baru lepas menjalani pembedahan kerana terjatuh sewaktu hendak mengambil wudhu’ dan terakhir ke rumah sepasang suami isteri yang berusia dalam lingkungan 75 tahun. Gambar akan diupload kemudian. Sebak melihat insan yang serba kekurangan ini. Lantas teringat nenda di rumah yang tinggal seorang diri lalu berazam nak berbuka puasa di rumah nenek tiap hari kalau boleh tapi kalau dah dapat internet di rumah, alamat la. Huehue. -.-

Mereka semua serba kekurangan tapi hidup dengan bahagia. Kita yang serba lengkap ini? Masa tunggu Abg Anam n Kak Nur ambik kat LRT Taman Melati, ternampak dua orang buta turun dari teksi lalu meraba2 dengan tongkat dan hampir terlanggar tiang. Omaigod. Sayu betul rasa nak nangges time tu jugak tapi tahan (sebenarnya dah menitik pun setitik dua). Lalu aku tunjukkan tangga, nak beli kan tiket sekali tapi, entahlah. Mungkin kesedaran sivik masih kurang lagi.

Ada juga para sahabat yang ke rumah orang bisu dan pekak sekeluarga, masalah mental dan bermacam-macam lagi. Kalau bisu dan pekak, mesti tak ada yang sentap kan? Yes, macam aku sentap masa KKPI haritu. Makan dalam siak. Walaupun aku ni jenis yang malas fikir dan tak berapa nak berperasaan, but frankly speaking, words dia doesn’t make sense!

Lastly, rasa bertuah dapat mengenali Kak Zati, Kak Hanis dan Kak Nur. Thanks guys. Sayang kalian!

Tamat. Hampir banjir plak keyboard ni sebab menaip entry sambil T________T

Tag oh Tag

September 1st, 2009

Bukan smart tag ye harap maklum. Ini tag daripada Anot.

‘STATE 5 INTERESTING THINGS ABOUT ANOT’

1. Suka belanja aku makan
2. Mengidamkan N97
3. Bfnya ialah sepupu aku (interesting ke?)
4. PELUPA
5. kesemua di atas

now ‘TELL 10 THINGS ABOUT MYSELF’

1. Tidak suka menunggu walaupun sesaat hatta engkau perdana menteri sekali pun. Tolong tepati masa.

2. Tak suka orang panggil nama aku Amal tapi since bros n sistas PEPIAS panggil Amal, I like mat rempit.

3. Suka makan bawang besar dan ayam goreng.

4. Mencintai barangan SONY dan NIKE.

5. Pelupa kadang2. So tolong ingatkan banyak2 kali kalau ada apa2.

6. Lebih rela online dan tido dari makan, lagi2 kalau terpaksa ke upten

7. Sedang belajar di UNITEN dan berharap dapat grad dengan cepat, kerja cepat2 kawen cepat2.

8. Bercita2 memiliki perniagaan sendiri kelak.

9. Tidak suka tempat yang sesak dan ramai orang…eee yewww…

10. Choosy dalam berkawan.

CHOOSE 10 BLOGGER AS MY AWESOME BLOGGER BUDDY

Tak ingat rakan mana yang ada blog sebab tak link kan..hehe^^ So kalau sesiapa baca, sila lah tag diri sendiri jangan malu jangan segan.

Untitled

August 15th, 2009

Promoter 1 : haiyyoo…habes tu apa macam?
Promoter 2 : itu macam la..kalau ada, ada la…kalau takde diam saja mah..
Promoter 1 : Itu pelempuan dia punya bini takda mintak ka?
Promoter 2 : Ada jugak tapi dia punya laki buat bodoh saja. Diam saja..

What the ……………… lah pekedai2 photostate ni punya topik yang sungguh tak agak-agak walaupun ada customer underage. Pegi kedai photostate mesti la memfotokopi kan, tak kan la menservis kenderaan pulak kan. Sebenarnya aku pun tak tau nak buat intro apa untuk entry kali ini. Dulu masa sekolah ada jugak dialog Shidin n Jemek di pagi-pagi hari yang hanya difahami kami bertiga sahaja.. Wahkahkah.. Shidin, how are you ha? Whats up? Rindu kau doe! Dan pastinya sesiapa yang menggoogle nama Juma’aturrashidin akan masuk ke sini secara automatiknya. Hahaha.

Sedih gila tak dapat picnic dengan Kak Zati n Kak Anis kat Sungai Chongkak.. Tak pe la, tak ada rezeki kot..Banyak masa lagi.. Dah lah tak dapat melawat kawan-kawan KKPI Selatan. Tak pe lah, mesti ada hikmah.

Esok dah balik UNITEN. Ohh cepatnya cuti berjalan, merangkak dan melompat. Tapi cuti agak bermanfaatlah jugak sebab bermain WLO sahaja since semuanya (Kak Arr, Kak Ci, Dread, Pi) dah kembali.

Sekian.
Menuju ke dapur.

UNITEN cuti,,,

August 5th, 2009

Finally… Walaupun agak lambat sedikit dari Muadzam, tapi akhirnya cuti jugak..hahah….tapi yg x bestnya, cuti jadik pendek.. wtm sungguh…

7-9 Ogos ne Kursus Kepimpinan Pelajar Islam, akan buat yg terbaik InsyaAllah.

Sekian.

UNITEN

July 24th, 2009

Assalamualaikum. Lama benar dah tak update blog. Sangat banyak entry kat draft yang tak dipublish dari bulan Februari sebenarnya. Entaa kenapa, mood berblogging semakin hilang ditelan arus modenisasi. Errr…. Biasa ah, mengupdate blog pagi2 buta pabila semua orang sedang nyenyak tidur sangat mencabar jiwa dan raga sebenarnya. Eh, tyra roomate aku belum tidur kot. Ciss.. Mentang2 bf overnight kat Amanah. Guys, jom ramai2 ajak bf overnight kat Amanah? Err… What the apple lah kan? Amanah ialah sejenis perkataan yang diadaptasi dari bahasa Melayu… Wtf Nur Amalina?!

Amanah ialah apartment pelajar lelaki yang tak ada lif setinggi 4 tingkat, sama dengan pelajar perempuan lah cuma nama apartment kami ialah Ilmu. Err, macam tak ada kesinambungan ah plak kan? Lagipun, Amanah agak baru sket. Ciss.. Jom pindah Amanah. Bye. Tapi duk kat Ilmu kot paling best? Nanti aku bagi tau kenapa.. Jeng jeng jeng!

Hari ini housemate aku, a Kelantanese memasak breakfast dan dinner.. Fuhh… Memang sedap hingga menjilat kaki i tell u. Oke tipu.. Sebenarnya teringat kata2 Kak Lyn siak, housemate dia, a Kelantanese masak semua tak basuh dulu sebab nanti vitamin2 dan zat besi hilang katanya.. Wahkahkah.. What the kemproh ah kan. Tapi nasib baik housemate aku yang ini antonim sifatnya. Dah lah rajin mengemas dan memasak, sampah kat sinki pun hari2 dia yang buang. Dan juga masih single mengambil Mechanical Engineering (mechi). Whewwitt.. Sapa nak ngorat boleh cuba email aku oke.. Pics masakan bliau x sempat ambik sebab Lin, housemate aku lagi sorang dah kekah dulu.. Hakhak…

Next entry aku cerita housemate n roommate lagi sorang plak k.. Nyamuk bawah meja neh semacam jeles ah plak. Sabar Nur Amalina.

Katil pun memanggil.
Zzzzzzzzzz

I'm back

July 17th, 2009

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Sudah tersangat lama rasanya aku tak update blog. Kasihan kau blog. Sebenarnya banyak cerita nak taip, banyak cerita nak tulis, banyak cerita nak… Err okeh.. Blog tidak diupdate untuk beberapa bulan lamanya. Insyaallah bermula hari ini, segalanya akan berjalan lancar kembali. Whewwitt.. Ini bukan janji kosong atau air kosong free macam kat COIT. Err,, iena, COIT tu aper? Bye. Aku akan kembali berblogging dengan harapan internet kat Ilmu tuh tak macam chipsmore. Tertekan baii…

Sebenarnya yang membuatkan aku excited ialah domain ni. Iena dah ada domain+hosting sendiri siak. Boleh berbangga dengan orang kampung sket. Wahkahkah. Sedang berharap segala isi ceritera dalam iena.sangkut.org dapat dikembalikan. Agak sedih sebenarnya. T________T

Err..okeh.. Tak tau nak cerita apa dah. Malam ah ek.. Zzzzz

 

All Images Copyright The SLR PhotoFeature Theme | Blog Theme Created by LJP & SLR Lounge