Profile Picture

About The SLR PhotoFeature Theme

Archive: ‘Uncategorized’



i'm back!!

Thursday, October 8th, 2009

Assalamualaikum semua. Maaf buat semua peminat yang dicintai dan dirindui sekalian kerana sudah lama melupakan blog ini. (ewah intro nak poyo je) haha.

Agak lama jugak tak update sebenarnya, semuanya dalam draft sahaja. Kalau dalam draft sahaja maksudnya alamat lah so lepas ini takkan buat draft lagi dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengupdate blog setiap hari (kalau mampu). Sebenarnya aku lupa doh ada blog siap password n username pun tak ingat dah tapi nasib baik flock daku hebat boleh save password bagai. (Hek eleh iena, browser kitorang pun boleh lah). Haha nak bangga sket pun tak boleh.

Selamat hari raya adilfitri maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali diri ini tidak kira di mana anda berada sama ada di pluto, marikh hatta dalam tanah sekali pun.

12 Oktober ini akan bermulalah peperiksaan akhir trimester untuk trimester pertama. So para pembaca blog sekalian (walhal tak ada sapa nak baca pun T______T [anggap ada jugak] nangis lagi T_____T) doakan yang terbaik untuk aku. Kak Pidah kata kalau dapat 3.5 n above dia sanggup bagi w550i yang berikat getah tempe. hahaha. i loike.

okay lah semua buku dah memanggil. (eleh padahal nak lipat baju yang berlambak)

Ihya' Ramadhan

Tuesday, September 1st, 2009

Alhamdulillah. Dengan izin Allah SWT, program berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya mengalami masalah. Biasalah, kalau tak ada masalah, tak ada la cabaran kan. Program berlangsung di beberapa buah kampung di sekitar Gombak. Kampung Sg. Pusu, Kampung Sg. Chinchin dan Kampung Sg. Changkat. Kami seramai lebih kurang 50 orang terdiri daripada ahli-ahli PEPIAS daripada berbagai cawangan dibahagi-bahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan akan dapat 3, 4 atau 5 buah rumah. Group aku dapat 3 buah rumah sahaja. Hehe^^

Rumah pertama yang dituju ialah rumah seorang pakcik yang cacat sejak lahir , kemudian ke rumah seorang nenek tua berusia 95 tahun yang baru lepas menjalani pembedahan kerana terjatuh sewaktu hendak mengambil wudhu’ dan terakhir ke rumah sepasang suami isteri yang berusia dalam lingkungan 75 tahun. Gambar akan diupload kemudian. Sebak melihat insan yang serba kekurangan ini. Lantas teringat nenda di rumah yang tinggal seorang diri lalu berazam nak berbuka puasa di rumah nenek tiap hari kalau boleh tapi kalau dah dapat internet di rumah, alamat la. Huehue. -.-

Mereka semua serba kekurangan tapi hidup dengan bahagia. Kita yang serba lengkap ini? Masa tunggu Abg Anam n Kak Nur ambik kat LRT Taman Melati, ternampak dua orang buta turun dari teksi lalu meraba2 dengan tongkat dan hampir terlanggar tiang. Omaigod. Sayu betul rasa nak nangges time tu jugak tapi tahan (sebenarnya dah menitik pun setitik dua). Lalu aku tunjukkan tangga, nak beli kan tiket sekali tapi, entahlah. Mungkin kesedaran sivik masih kurang lagi.

Ada juga para sahabat yang ke rumah orang bisu dan pekak sekeluarga, masalah mental dan bermacam-macam lagi. Kalau bisu dan pekak, mesti tak ada yang sentap kan? Yes, macam aku sentap masa KKPI haritu. Makan dalam siak. Walaupun aku ni jenis yang malas fikir dan tak berapa nak berperasaan, but frankly speaking, words dia doesn’t make sense!

Lastly, rasa bertuah dapat mengenali Kak Zati, Kak Hanis dan Kak Nur. Thanks guys. Sayang kalian!

Tamat. Hampir banjir plak keyboard ni sebab menaip entry sambil T________T

Tag oh Tag

Tuesday, September 1st, 2009

Bukan smart tag ye harap maklum. Ini tag daripada Anot.

‘STATE 5 INTERESTING THINGS ABOUT ANOT’

1. Suka belanja aku makan
2. Mengidamkan N97
3. Bfnya ialah sepupu aku (interesting ke?)
4. PELUPA
5. kesemua di atas

now ‘TELL 10 THINGS ABOUT MYSELF’

1. Tidak suka menunggu walaupun sesaat hatta engkau perdana menteri sekali pun. Tolong tepati masa.

2. Tak suka orang panggil nama aku Amal tapi since bros n sistas PEPIAS panggil Amal, I like mat rempit.

3. Suka makan bawang besar dan ayam goreng.

4. Mencintai barangan SONY dan NIKE.

5. Pelupa kadang2. So tolong ingatkan banyak2 kali kalau ada apa2.

6. Lebih rela online dan tido dari makan, lagi2 kalau terpaksa ke upten

7. Sedang belajar di UNITEN dan berharap dapat grad dengan cepat, kerja cepat2 kawen cepat2.

8. Bercita2 memiliki perniagaan sendiri kelak.

9. Tidak suka tempat yang sesak dan ramai orang…eee yewww…

10. Choosy dalam berkawan.

CHOOSE 10 BLOGGER AS MY AWESOME BLOGGER BUDDY

Tak ingat rakan mana yang ada blog sebab tak link kan..hehe^^ So kalau sesiapa baca, sila lah tag diri sendiri jangan malu jangan segan.

Untitled

Saturday, August 15th, 2009

Promoter 1 : haiyyoo…habes tu apa macam?
Promoter 2 : itu macam la..kalau ada, ada la…kalau takde diam saja mah..
Promoter 1 : Itu pelempuan dia punya bini takda mintak ka?
Promoter 2 : Ada jugak tapi dia punya laki buat bodoh saja. Diam saja..

What the ……………… lah pekedai2 photostate ni punya topik yang sungguh tak agak-agak walaupun ada customer underage. Pegi kedai photostate mesti la memfotokopi kan, tak kan la menservis kenderaan pulak kan. Sebenarnya aku pun tak tau nak buat intro apa untuk entry kali ini. Dulu masa sekolah ada jugak dialog Shidin n Jemek di pagi-pagi hari yang hanya difahami kami bertiga sahaja.. Wahkahkah.. Shidin, how are you ha? Whats up? Rindu kau doe! Dan pastinya sesiapa yang menggoogle nama Juma’aturrashidin akan masuk ke sini secara automatiknya. Hahaha.

Sedih gila tak dapat picnic dengan Kak Zati n Kak Anis kat Sungai Chongkak.. Tak pe la, tak ada rezeki kot..Banyak masa lagi.. Dah lah tak dapat melawat kawan-kawan KKPI Selatan. Tak pe lah, mesti ada hikmah.

Esok dah balik UNITEN. Ohh cepatnya cuti berjalan, merangkak dan melompat. Tapi cuti agak bermanfaatlah jugak sebab bermain WLO sahaja since semuanya (Kak Arr, Kak Ci, Dread, Pi) dah kembali.

Sekian.
Menuju ke dapur.

UNITEN cuti,,,

Wednesday, August 5th, 2009

Finally… Walaupun agak lambat sedikit dari Muadzam, tapi akhirnya cuti jugak..hahah….tapi yg x bestnya, cuti jadik pendek.. wtm sungguh…

7-9 Ogos ne Kursus Kepimpinan Pelajar Islam, akan buat yg terbaik InsyaAllah.

Sekian.

UNITEN

Friday, July 24th, 2009

Assalamualaikum. Lama benar dah tak update blog. Sangat banyak entry kat draft yang tak dipublish dari bulan Februari sebenarnya. Entaa kenapa, mood berblogging semakin hilang ditelan arus modenisasi. Errr…. Biasa ah, mengupdate blog pagi2 buta pabila semua orang sedang nyenyak tidur sangat mencabar jiwa dan raga sebenarnya. Eh, tyra roomate aku belum tidur kot. Ciss.. Mentang2 bf overnight kat Amanah. Guys, jom ramai2 ajak bf overnight kat Amanah? Err… What the apple lah kan? Amanah ialah sejenis perkataan yang diadaptasi dari bahasa Melayu… Wtf Nur Amalina?!

Amanah ialah apartment pelajar lelaki yang tak ada lif setinggi 4 tingkat, sama dengan pelajar perempuan lah cuma nama apartment kami ialah Ilmu. Err, macam tak ada kesinambungan ah plak kan? Lagipun, Amanah agak baru sket. Ciss.. Jom pindah Amanah. Bye. Tapi duk kat Ilmu kot paling best? Nanti aku bagi tau kenapa.. Jeng jeng jeng!

Hari ini housemate aku, a Kelantanese memasak breakfast dan dinner.. Fuhh… Memang sedap hingga menjilat kaki i tell u. Oke tipu.. Sebenarnya teringat kata2 Kak Lyn siak, housemate dia, a Kelantanese masak semua tak basuh dulu sebab nanti vitamin2 dan zat besi hilang katanya.. Wahkahkah.. What the kemproh ah kan. Tapi nasib baik housemate aku yang ini antonim sifatnya. Dah lah rajin mengemas dan memasak, sampah kat sinki pun hari2 dia yang buang. Dan juga masih single mengambil Mechanical Engineering (mechi). Whewwitt.. Sapa nak ngorat boleh cuba email aku oke.. Pics masakan bliau x sempat ambik sebab Lin, housemate aku lagi sorang dah kekah dulu.. Hakhak…

Next entry aku cerita housemate n roommate lagi sorang plak k.. Nyamuk bawah meja neh semacam jeles ah plak. Sabar Nur Amalina.

Katil pun memanggil.
Zzzzzzzzzz

I'm back

Friday, July 17th, 2009

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Sudah tersangat lama rasanya aku tak update blog. Kasihan kau blog. Sebenarnya banyak cerita nak taip, banyak cerita nak tulis, banyak cerita nak… Err okeh.. Blog tidak diupdate untuk beberapa bulan lamanya. Insyaallah bermula hari ini, segalanya akan berjalan lancar kembali. Whewwitt.. Ini bukan janji kosong atau air kosong free macam kat COIT. Err,, iena, COIT tu aper? Bye. Aku akan kembali berblogging dengan harapan internet kat Ilmu tuh tak macam chipsmore. Tertekan baii…

Sebenarnya yang membuatkan aku excited ialah domain ni. Iena dah ada domain+hosting sendiri siak. Boleh berbangga dengan orang kampung sket. Wahkahkah. Sedang berharap segala isi ceritera dalam iena.sangkut.org dapat dikembalikan. Agak sedih sebenarnya. T________T

Err..okeh.. Tak tau nak cerita apa dah. Malam ah ek.. Zzzzz

Hello world!

Thursday, June 11th, 2009

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!

Sudah Berpindah…

Friday, November 14th, 2008

Maaf agak terlewat..

Aku sudah berpindah ke

http://www.nuramalina.com

Caca Marba..

Thursday, October 16th, 2008

Intro : Apakah maksud “caca marba”? Err,ejaannya pun aku x tahu sejujurnya..sejenis kuihkah? atau seekor monyet berspesies Makaka Fsicularis yg berasal dari Uganda? Spesies ini berasal dari Ugandakah? Sila rujuk Kamus Dewan..Hakikatnya, aku sendiri pun tidak tahu..kahkah..(Gelak secara lemah lembut)..Azam aku hari ini hanya ingin membuat intro yg pendek sahaja..Lihat, pendek bukan?

Caca Marba 1: Minggu ini aku hanya lunch fast food sahaja atas masalah kesihatan yg dialami..Mengada-ngada Demand bukan..Itulah hakikat seorang Iena, berbagai2 permintaan ketika sakit. Laratkah bakal suamiku? kahkah..Berhenti berangan2 kerna SPM akan menjelang..Kalau dengan nenek, pasti pelbagai masakan terhidang..Kadang2 gayanya seolah2 chef hotel 5 bintang, datang dengan relax dan bersemangat ke arahku yang terbaring tidak bertenaga (berpura2 kadang kala) dan bertanya ingin makan apa..Dan aku lantas mengambil peluang..Setelah makan, pasti kembali cergas..hakhak..Harap2 nenek x baca blog ini.. Fakta : Nenek aku gemar membaca blog walaupun x nampak kerana ditunjuk oleh cucu2nya..hakhak..Oh Nenek. I miss u a lot NENEK Besok iena datang okeh (Harap2 nenek aku tidak membaca statement ini kerna aku agak sibuk..hakhak)

Caca Marba 2: Adik aku kemaruk JUSCO..Aku sangat heran..Tidak pernah pergi kah beliau? EMPAT hari berturut2 pergi ke sana..Aku agak terlalu heran..Lainlah kalau ke KLCC atau Pavilion seperti aku..haha..Berkampungkah dia di sana kerana mogok kampung kami yg jauh di selatan? Statement ini saling tidak berkaitan sebenarnya.. Atau tunjuk perasaan? Atau, sengaja mahu membankrapkan Ibu & Ayah? Sila jawab dan hantar di sini.

Caca Marba 3: Aku mengambil HP yg direpair petang semalam..Sewaktu singgah selepas tamat persekolahan, taukeh menyatakan HP masih belum dihantar oleh teknisyennya..Lantas aku dtg kembali pada sebelah ptgnya..Keramahan amoi tersebut yg merupakan isteri taukeh tersebut memaksa aku berlama2an di situ..Kami berborak tentang pelbagai perkara..Dia sangat ramah lah i tell u. I like.Sila ke kedai ini jika mahu membeli HP..Pelbagai perkara kami borak..BF & husband hensem dan kaya, bisnes, kerja kilang, kerja kosong..Berikut petikan perbualan kami:

+ adalah aku
- adalah amoi tersebut

-iya ma..sikalang duit manyak penting woo
+mesti la..saya pun nak cari BF kaya raya ada bisnes mcm u
-rupa pun talak penting..
+ayyo..betul betul..U sangat materialistik woo
-Haiyya..talak lupa bukan sampai x bole pandang ma..nanti lu masuk bilik lampu pun x kasi hidup..main masuk saja..
+kahkahkah..(aku ketawa bedekah2 sambil menepuk dahi)

Amoi ini sangat sengal dan lucah..Huh..tapi dia sangat baik dan peramah..Dia bagi aku free screen protector..hakhak..I lap u lah amoi

-Lepas SPM u buat apa?
+Err..Buat pandai saja la..
-Aiyakk..Kasi excercise la..(embah kau la aku berkata di dlm hati)
+Apesal? u ade keja kosong ka?
-Iya la..itu saya punya saudara ma..Clerk..Org anta barang, ambik barang u tules2..
+Hah?? Apa macam?
-Ala, tempat pinjam2 duit la..
+Aiyooohh??!! Along kah?
-Hehehe..Lebeyh kurang la..Ini registered punya ma..
+Gulp!! (Wujudkah Ah-long yg halal?)
-Lu kerja cincai2 ma..saya manyak percaya sama dia dan dia pun sama..1st month u dapat RM700..
+Woo..banyak tuh..
-Iya la..U kerja kilang pun manyak penat woo..(Lantas dia bercerita pengalaman bekerja di Sankyo,walhal aku x mennemuramahnya)
+Betul9..
-U mau ka? Kerja pkl 9, balik pkl 6..
+Nanti la saya pikir..

Kahkah..berbagai2 org dah offer aku kerja..yg mana 1? PLKN la weyh..! Sorry to say la.. Aku hanya dapat merehatkan diri dlm 1 atau 2 minggu sahaja..lantas merajinkan,merelakan,mengikhlaskan,me… (isi sendiri) diri menghadiri PLKN..kahkah..Aku x sabar2 lah i tell u..Mujurlah aku mendapat riviu2 yg bagus2 belaka daripada mereka yg telah dan pernah menghadirinya. Dan menurut mereka, rugi kalau x pergi..hoho..

Tamat..Sila sambung kerja masing2.

 

All Images Copyright The SLR PhotoFeature Theme | Blog Theme Created by LJP & SLR Lounge