Profile Picture

About The SLR PhotoFeature Theme

Archive: May, 2010



Aku Pantang Kalau;

Wednesday, May 26th, 2010

Jemput masuk semua, jemput duduk, berdiri, etc tapi jangan buat macam rumah sendiri. Ini bukan blog orang pantang lepas bersalin ke apa, jangan risau kau tak silap blog. Tapi aku nak kongsi benda2 yang mungkin pada kau silly tapi aku pantang.Kau pun mesti ada pantang jugakkan. Ini blog aku cerita pasal aku lah takkan tokey basikal pulak. [Oh kalau ada reader tokey basikal maaf ye!] xD

1. Aku pantang kalau kau guna perkataan “suruh” instead of “mintak”. Contoh; [Biasa waktu kat asrama zaman sekolah dulu lah] “Iena, mak aku datang weekend ni nak suruh bawak biskut, sabun, beras, tong gas etc lah”. Hello, kau macam diva dan tuan besar pulak kan nak suruh-suruh ibu bapa kau yang lagi tinggi maqam nya. I hate it okek.

2. Aku pantang kalau kau naik kereta aku jadi driver dan kau jadi tuan. [Paling tak boleh blah yang naik free lah kan] Haha nasib lah lepas ni kalau kau tak nak naik kereta dengan aku. Hahaha lagi. Lain hal. Ada sekali kawan aku punya kawan naik sekali dan duduk depan. Yang tak boleh belah tu siap letak beg aku kat kaki dia. Embah dia lah, kau dah lah menumpang tapi nasib baik lah kau tolong tengok jeling jalan kalau tak memang aku dah tinggal tepi highway. Haha. Nasib baik kawan-kawan baik aku semua tak macam tu. Kalau tak memang putus kawan siap aku campak ikut tingkap terus. Salah seorang tu [nama rahsia ye ehem kang dia bangga pulak timbul riak ;p] siap riba kek, handbag aku yang tak berapa ringan dah lah dalam tu ada kamera, flash, extra lens bagai. Tabah aje aku tengok padahal seat belakang kosong. Agaknya kalau aku ada anak kelak siap dengan botol susu, trolley, diapers bag dia riba. [Kau jangan imagine kang pengsan aku tak bertanggungjawab]. Tapi sekarang macam tak kisah sangat sebab dah hafal jalan walaupun ada sedikit masalah short-term memory lost.

3. Aku pantang kalau kau masak atau buat air lepastuh rasa guna sudu, sudip, senduk, cangkul yang kau guna untuk buat air atau masak tersebut. Agak geli di situ. Maksud aku bukan geli apa, kau nak bagi tetamu makan [tetamu datang bawak rahmat ye] atau orang lebih tua atau berlainan jantina barangkali  lepastuh kau bagi yang dah kena air liur kau [mungkin pada kau pengikat kasih sayang kot]. Kalau teman sebaya ke, mungkin boleh consider sedikit. Kejadian ini banyak dilihat sewaktu zaman menengah rendah dulu sewaktu mengambil subjek ERT. Kan kita masak-masak secara berjemaah mendisasterkan makmal ERT siap ada kek sapa tah hangus terbakar, kau buat-buat lupa ke? Haha buat sesiapa yang aku tersound direct time kelas dulu sorry lah ye. Aku jenis tak kisah nak share air, straw, makanan etc tapi bila kau masak atau buat air nak bagi orang, kau macam bagi sisa pulak. Geli yaw. Aku harap kau faham, ini berbeza dengan bila kau berkongsi makanan atau minuman, jangan salah faham pulak.

4. Aku pantang kalau kau tak ucap terima kasih. Kau sedar tak ucapan tu macam suatu dorongan untuk orang buat lagi kebaikan yang lain. Tambah-tambah lagi dia akan rasa dihargai.

Aku rasa ada beberapa lagi tapi lain kali lah aku sambung. Ngantuk hoooo..

Movies Marathon

Friday, May 14th, 2010

Dah berapa lama aku tak update blog? Ada sesiapa kira? [Iena, kenapa tajuk nak poyo in English tapi isi dalam Malays?] Fine fine… Huh!

Minggu ini tak balik [menaip sambil nangis-nangis padahal dalam hati]. Malas pulak nak balik tiba-tiba. Selalu hari Selasa atau Rabu sekurang-kurangnya dah siap-siap tanya Ibu Ayah free tak, boleh ambik tak. Tsk tsk. So dari bangun tidur sampai nak tidur menonton filem yang dimuat turun di server Sparx [aku tak kenal pun siapa tuannya isk isk] Terima kasih sebab mengurangkan kebosanan. Lol.

Hari Selasa haritu tengok Piala Thomas dengan Kak Fathin. Semangat kesukanan punya pasal kami sanggup turun padang stadium walaupun hujan lebat, padahal indoor stadium. Harga tiket pun boleh tahan [Rasa mahal sebab guna duit sendiri kan kan kan] Cuba kalau pergi dengan bapa, kau ambil tiket terpaling mahal pun tak rasa apa -,-” Janganlah pergi beli tiket konsert pulak.. hadoii.. Mujur lah majlis-majlis ilmu, ceramah2 agama tak memerlukan tiket. Kecuali ceramah-ceramah politik ehem lah, ada tabung derma. [Mampus kau Iena kena banned lepas ne]

Gambar-gambar macam biasa ada dalam FB, malas nak upload kat blog. Perlahan sungguh. Cuma ada gambar-gambar dari hp aje. Taknak tengok sudah. Boleh tekan Alt+F4 cepat-cepat.

Dimulakan dengan gambar tiket dahulu selepas bismillah.

Diikuti gambar tuan punya blog. Ehem.

Akhir sekali beregu kebanggaan negara yang kerap buat silly mistake dan di boo oleh satu stadium. Tapi dalam jiwa penonton di stadium mereka tetap menang lah, menang gaya. Hahaha.

Sekian. Anda semua boleh tidur tanpa marah-marah sebab tajuk lain tapi isi menyimpang sikit. haha. bye jumpa lagi kalau rajin.

 

All Images Copyright The SLR PhotoFeature Theme | Blog Theme Created by LJP & SLR Lounge