Archive for April, 2010

macam-macam

Hai semua. Readers jawab : Bye Iena.
Y__________Y [sepuluh kali]

Dalam kelas account, tiba-tiba;

I : Eeee…. Hamster busukkkk laaa.
D : Hamster aku yang betina dah pregnant. Rajin betol buat!!
I : Aku bela guinea pig dulu busukkkk nak mampus.
W : Taik dia tak busuk macam taik orang.

Sebenarnya dialog ramai-ramai cakap dan tak macam satu cerita dah sebab time line lari sikit. Kitorang yang jauh sikit ne menyampuk apa-apa yang patut hahaha. Hermmm dah lama intro blog tidak dipenuhi dengan dialog-dialog yang macam cnsdhsuidchsuydbgsd. Kadang-kadang dalam kelas ada lah jugak dialog yang macam murni untuk dijadikan intro blog tapi lupa.. Contoh; “Most of u can score. I know whyyyy…!”, kata dokter Ewe. Eh macam mana boleh teringat pulak? Zzzzz…. Dulu boleh lah, macam-macam ayat keluar sebab duduk bertiga dengan Azmir dan Shidin. Haishhh. Lagipun iena.sangkut.org dah tak wujud, habis semua dalam-dalam tu. Entry kat akuiena.blogspot.com aje yang boleh direcover. Tak apa. Itu namanya tak ada rezeki. Anyway cik D, nanti hamster dah beranak kasi kat aku ye. Tiba-tiba teringin pulak nak bela. Hahahaha

Okaylah, jom tengok gambar cuci-cuci mata pulak.

Ini nasi goreng. Iena, kenapa tak macam rupa nasi goreng tapi macam nasi+bawang goreng? wuarrrr Y_____Y

ada gambar lain, dah upload tapi tak boleh insert pulak.. -.-”

dah lah. lain kali sambung lagi ye. [konon]

Rahsia Melalui Tulisan – Dr Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum.
Ehem.. Jangan tekan Alt+F4. Ini memang blog Iena, engkau tak sesat pun. Hahaha. Jangan pelik apasal tiba-tiba blog tiba-tiba jadi blog masakan, blog pelancongan, blog motivasi etc.

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

So macam mana? Ada persamaan tak? Tak salah kalau anda nak tukar tulisan untuk mengubah peribadi dan personaliti dengan sengaja supaya cemerlang dalam hidup.
p/s: esok ada test math. doakan yaw.

Oh so random.

Harap bersabar. Kali ini entri langsung tidak bercirikan Hikayat tetapi lebih kepada album gambar. Hoho [maaflah nak upgrade Flickr pro rasa macam tak penting pulak.] Penatnya hari ini. Melawat adik bermain bowling, balek rumah, kemudian ke Sunway dengan Kak Emy. Padahal tak ada lah penat mana pun. Saja buat-buat penat supaya intro nampak macam panjang. K bye.

Anyway tiba-tiba rindu kat my cuzzies. Lama tak jumpa, lama tak borak sama-sama, lama tak makan sama-sama, lama tak lepak sama-sama, lama tak tengok wayang sama-sama, lama tak karaoke sama-sama. Dan semestinya lama diorang tak rasa pendek nyawa ketika aku memandu sebab memandu macam orang mabok meroyan haha. Haih. Semakin masa berlalu, semakin busy masing-masing [agak-agak hipotesis sebegini boleh diterima tak untuk subjek Sains?]

Jadi, tadi menselongkar gambar-gambar lama, kenangan-kenangan lama ecece.. Jom layan. Kau taknak layan blah sekarang. Tak ada siapa paksa pun. Alt+F4 make it simple.

Kakak di MRSM adik-adik memanfaatkan YM kakak secara berhemah. Dari kiri Angah Nadzirah, Iqbal dan Adib

south africa gymrama 130

Kat KLIA ambik Angah Zura dari Afrika Selatan. Dari kiri Ety, Zura, Umairah dan Haikal.

DSC01281 copy

Ehem. Dari kiri; Hanna, Kak Qila, Kak Iecha, Kak Erin, Kak…. wtf kau neh? KakPida, Kak Lily, Kak Nonel dan Kak Liza. Cukup semua anak dara kecuali yang dua dari kanan. Ampun Kak Nonel, terbocor rahsia.

Dari Sibu ke Kuching. Aku kat semenanjung tidur berendamkan Y_______Y [tak sampai 3 telaga lah] tak ikut konon nak pergi PLKN.. Hahahahahaembahkau..

IMG_1818

Dari kiri ; Abg Nuar [Kak Pida's bf but now fiancee hihi], Emy [Kak Erin's bf], Mut [Kak Iecha's bf]. Seterusnya Adik dan Abg Azfar. Ini raya paling best kot sebab semua ada walaupun baru 15minit masuk panggung tengok Jin Notti dah ada yang zzzzz. Lepas wayang sambung raya kat kopitiam pulak. Smart. Jangan marah ye nek.

IMG_1840Dari atas kiri mengikut pusingan U-turn. Abg Azfar, Abg Faizal [Kak Yati's husband], Kak Iecha, Mut, Kak Yati dan Kak Qila.

Kak Pida dan Kak Liza. Well Kak Liza, walaupun anda jauh dimata di SMK Bandar Seri Alam, anda tetap di hati kami cewwahh [ayat bodek] hahaha..

Kat Yuen Steamboat, Subang Jaya. Kak Iecha, Kak Qila dan Kak Lily [dua pupu].

Yuen steamboat lagi. Aku tengah setting kamera+flash tapi apakan daya gambar ni jugak best. Tsk Tsk. Kak Nonel, Kak Iecha, Kak Qila, Kak Lily dan Rina [Abg Azri's bf].

Pantai Cahaya Bulan. Nad, Umairah, Ety.

Yang akhir sekali ni nama dia Putera Haikal Hakeem bin Halim [amekkau sekali nama penuh aku bagi]. Status masih belum berpunya. Sesiapa berminat boleh isi borang ye. Okaylah dah tak tahu nak letak caption apa lama-lama macam membosankan pulak Hikayat Seorang Iena ne. Lol.

Masa untuk tidur. [padahal tak tidur pun]
zzzzzz.

Catatan Mingguan Amalina

Kita mulakan dengan minggu lepas iaitu pada hari Jumaat tanggal xxx (okay sila rujuk kalendar sendiri). Macam biasa, Ibu dan Adik-adik ambil di hostel. Macam biasa juga, Adik sms kata dah sampai. Sampai maksud dia di sini sampai pagar DEPAN sana dekat library. Diulangi DEPAN ye. Hahahaha… Nasib baik dah trimester 3 so faham lah. Kalau tak aku dah turun dulu. Cheh.. Kemudian makan di Marrybrown Tesco Banting. Makan apa tak payah ceritalah sebab dah lupa menunya. Haha

Lepastu apa ek.. Kejap.. Fikir kejap.

Oh Jumaat buat kejutan dengan memasak untuk keluarga. Ececece.. Masak apa? Jari roll (bak kata Kak Sheyna) sebab termasukkan jari sendiri dalam minyak panas. Nice. Memang terbaik. Macam biasa, kereta dan motor dah tak ada kena lah curi-curi drive BEX (kalau niat baik dikira curi jugak ke?) bawak diri ke pasaraya berdekatan sekadar membeli sebuku roti gardenia dan setin sardin. Suri rumah yang berdedikasi bukan. Apa-apa pun kredit to Kak Hanis sebab bagi menu walaupun sebenarnya dah google. Saje nak dengar secara live. :p Yang paling penting Ayah kata sedap boleh bukak kedai. Hahahahhaha entah-entah saje nak bodek anak dara beliau yang seorang ne.. Lol. Ayuh, saksikan :

DSC01240

Ibu kata sardin roll sungguh gebu. Jawab penulis, penulis bodek sosej roll rintik tapi dalam hati sahajalah, hahaha. Malam pergi mana eh? Lupa lupa…adoii

Esoknya, Sabtu pergi pesta buku kat PWTC. Sebenarnya pergi jalan TAR dulu. Ikut Kak Pidah rombongan cikgu-cikgu sekolah. Layan aje lah. Hehehe cikgu-cikgu aku jugak ;p Nasib lah.. Pergi jalan TAR duit dah habis beli kain ela. Boria kain cotton dengan Kak Pidah nanti. Nanti tu bila? Ehem ehem. Jalan bertiga dengan teacher Lene. Actually teacher Lene is my cuzzy’s cuzzy. Nice kan. Ala aku panggil kak pun sebab umur lebih kurang. Nama penuh rahsia kang ada orang google naya jep. Haha. Gambar ada tapi dalam kamera merekalah. Aku malas nak bawak kamera. Yang penting kami bukan pesta buku tapi pesta makan. hahaha. Oh ya, pencapaian terbaik pada pesta buku kali ini ialah tidak menghabiskan masa di booth linguaphone macam tahun-tahun sebelumnya walaupun dah beli 5 atau 6 tahun yang lepas. Layan aje lah. Bukan rugi pun, cuma rugi masa lah dengar mereka membebel. Hahahaha. Nasib lah sapa google “linguaphone” lalu terjumpa blog ini. Sungguh tidak membantu.

Kejap. Ada pergi Jusco tak ek? Wey adik ada pergi Jusco ke tak minggu lepas?

Yang paling best, Ahad pukul 6.15 pagi dah terpacak depan kereta. Balik pagi-pagi sebab Ayah nak main golf kat Bangi. Nak tak nak kena ikut lah nanti menyusahkan pulak nak patah-patah balik hantar lagi. Haish.

Tengah ingat lagi apa yang berlaku seterusnya.

Hermm…

Haaa okay dah ingat. Hari Isnin petangnya bergambar dengan Nana dan Iylia. Tak plan pun sebenarnya sebab ingatkan nak street shooting hari Khamis (kononnya lah). Nana bersemangat bawak D90, Iylia pulak D80.. Aku sorang pakai SONY.. Haishh..Walaupun gerimis, tetap semangat naik bas dan mintak pakcik bas berhentikan dekat kandang kuda. Frankly speaking, pemandu bas India sangat baik berbanding dengan pemandu bas Melayu (Tapi engkau jangan bandingkan dengan pemandu bas Klang-Banting lah memang lah tak sama. Zzzz) Banyak gambar tapi malas nak pilih. Sekarang dah pukul 2.48pagi. Saksikan apa yang ada.

DSC01276

Tiba-tiba gambar terbesar pulak. Tak tau nak tangkap apa sementara bas datang. Ini ialah masjid UNITEN kesayangan ramai yang dahulunya pemandangan bilik lama aku. Sobs sobs.

Ini Nana dengan D90 nya.

Iylia. [;

Wawa dan Ichi peneman setia kami yang setia. Lol

Malamnya pulak siap aku dah tarik selimut Kak Fatin ajak pergi minum. Ciss mentang-mentang budak degree dah siap cuti. Tapi akhirnya ke Funfair Balakong dengan Lisa sekali. Gua naik yang pusing-pusing haramjadahtaktaunama tu sampai pening-pening loya-loya nasib baik tak muntah. Esoknya dalam kelas masih rasa loya-loya lagi. -.-” petang langsung dah tak larat nak masuk kelas.

Funfair tersebut. Eh aku bukan naik yang pusing-pusing lembik tu tau. Pandai-pandai sahaja engkau. Tu haa yang ala-ala kat genting highland macam buaian tu. Brother baju oren tu (siapa tak nampak pendek umur) boleh pulak tetiba panggil-panggil suruh ambik gambar lagi. Hahahaha laen hal lah sana. Kau ingat kau artis ke. Kalau Fahrin pun belum tentu aku nak ambik gambar. Hahah. Panjang pulak caption gambar yang ini.

Lepastu baru pergi makan dan minum dalam keadaan pening-pening lalat. Teh O ais limau asing yang digebang-gebangkan di YM. Lepas balik terus update kat status siot. Kahkah.

Hari Rabunya seperti yang dijanjikan Isninnya kami ke Sunway Pyramid sebab Kak Fatin mengidam ayam penyet. Okay tershopping kat roxy pulak. Ter ye tak sengaja. Kemudian tapau lagi popeyes. Aku tapau french fries aje, Lisa yang tapau satu set. Heh..

Kak Fatin dan Lisa

Oh ada jugak penulis kesayangan anda. Sediakan plastik sebelum muntah.

Jumaat keluar lagi tapi berdua dengan Kak Fatin sebab Lisa dah balik Pendang. Terasa macam budak degree pulak tiba-tiba asyik berjalan sana sini buat-buat lupa test physics dan beberapa kuiz. Haha.. Konon nak lunch tapi tersampai kat KLCC, alang-alang tengok lah How To Train Your Dragon. Sumpah best. Malamnya ada qiamullail di rumah saya (tiba-tiba guna saya pulak) Sabtu konon nak study dengan Nana tapi tewas dengan Baby V kesayangan sebab seminggu berpisah lama. Haih. Itupun ambik hari Khamisnya dengan Nana sebab Vaio dia pun rosak jugak. Lunch kat Alamanda sebelum Kak Fatin holiday. Bikin gua jeles betul.

Ahad iaitu tadi duduk, baring, tidur, makan dan minum di rumah sahaja. (Kau tak mandi ke Iena?) jahsgdqahdwvqwgdqausdahgsdhagschscd. Dinner dengan Wawa n Nana lepastu study physic. Konon plan nak pakai jersey MY tapi MU kalah pulak jadi tak pakai simpan sahaja dalam almari. Sebenarnya buat beberapa soalan lepastu we all buat kerja lain. Wawa rajin sangat iron rambut we all, nak buat macam mana.. Hehe.

4.06pagi. Sekian.