Profile Picture

About The SLR PhotoFeature Theme

Sem Baru Jiwa Baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hai saya Iena, tapi dipanggil Tintut oleh nenek, masih ingatkah anda dengan saya? Hahahaha…

Tiba-tiba.

Cuti haritu sangat memenatkan dengan membuat pelbagai aktiviti yang tak berapa nak berfaedah. Heh. Bermandi-manda di Bukit Gambang Waterpark dikira sebagai berfaedah jugaklah kan kerana menjana ekonomi negara sekaligus bla bla bla (karangan tingkatan 3. Nak kata darjah 6 macam tak logik sangat pulak. Haha) Senang cerita tengok gambar kat fb.

Anyway, semalam Ayah yang hantar balik hostel. Barang punyalah penuh sampai jiran sebelah kata stok berapa tahun punya barang. Ewahh kaki skodeng jugak engkau ye.

Bilik baru aku sangat PANAS. Bukan panas sebab ada gangguan jiran sebelah ke, atau ada aktor utama filem Percy Jackson singgah rehat ke apa, sebaliknya kipas siling walaupun nombor 5 tapi agak perlahan berbanding kipas bilik Milin dan ruang tamu. Sobs sobs sobs T_____T Ada sesiapa nak sponsor aircond? Huhuh. Tidak lupa, setiap kekurangan pasti ada kelebihannya. Jeng jeng jeng :

Dari tingkap ku

Dari tingkap aku

Bolehlah kita cuci mata tiap-tiap petang ye (kira exercise jugaklah kan). Astaghfirullah. Bye. Alhamdulillah, GPA naik. Hehehehe.. BLM BLM BLM SE.. Ke mari kau.. Hahaha..

Oh iya, tadi google macam-macam perkataan. Perkataan apa Iena? Eh rahsialah mana boleh bagi tahu. Haha. Tiba-tiba tergoogle SK Seri Kampung Tengah, Renggam. Lalu terjumpa blog milik sekolah berkenaan. Sila lah klik jangan malu jangan segan. Err, engkau jangan buat-buat tanya ini bekas sekolah artis mana pulak. Sebenarnya bekas sekolah Ayah dan adik beradiknya. Huehuehue. Anyway, Allahyarham En. Beyek bin Kariya ialah moyang aku atau orang Jawa panggil buyut yang merupakan bapa atau emak kepada datuk atau nenek kita. Sepanjang 19 tahun hidup aku baru tau kisah tersebut. Isk isk.. Sebenarnya sekolah tersebut depan rumah embah tapi padangnya lah. Ah aku explain engkau bukan boleh imagine pun. Lain kali aku upload gambar kalau balik rumah embah. (Eh Iena, atuk kita orang pun glamer jugak lah, siap buat lapangan terbang dulu.) Hahahaha wtf, ada aku kesah? Ini blog aku baii.. Engkau nak bising-bising pergi beli domain pastuh buat blog sendiri sana. Kalau rasa macam menyampah dan rasa nak pitam boleh tekan Alt+F4 sekarang. Jangan risau, aku bukan tahu pun. Hahahahaha macam fchfsgduyasfgduyas lah lu Iena. Dah lama tak makan kasut ye?

Dah lah. Ini rasanya antara entri terpanjang bagi tahun 2010. Sekian.

Like this post? Share it!

  • Tweet
  • Facebook
  • Diggit
  • Delicious
  • Diggit
  • Diggit
  • Diggit

One Response to “Sem Baru Jiwa Baru”

  1. shafiq says:

    terbaik laaa gambang resort. masa orang pg sana, banyak game tutup.

    ehh jawoo ehh. embah2 jugak sama laa. tapi embah fiq dah tade.

Leave a Reply


 

All Images Copyright The SLR PhotoFeature Theme | Blog Theme Created by LJP & SLR Lounge