Posted in Uncategorized on 03/25/2010 02:57 am by iena
Tajuk pasal baby. Baby V. Dia masuk wad jadi aku tak boleh online 24 jam macam biasa. Maksudnya sekarang luar biasa lah sebab tak online -_-”"”"”" Masa hantar my babe, ramai jugak customer lain yang hantar. Ada lah 5, 6 orang jugak. Nampak sangat model CS (bukan counter strike eh! haha) tersebut mempunyai banyak masalah atau dalam erti kata lain bak kata Nana, manja.
Emosi sekejap. Hari-hari sms service centre masih jawab benda yang sama, “waiting for parts” okaylah redha sahaja.
Sudahlah. emosi berlebihan pulak kang. Nasib baik Nina n Linn kasi pinjam laptop. Heh.
Wes.
Bye.
Posted in Uncategorized on 03/09/2010 12:19 am by iena
Hai blog.
Hai Amalina. (Why on earth my cuzzies start calling me by this name instead of IENA?)
Anyway, selak-selak kain emel terjumpa ini. Walaupun dah bertahun-tahun berlalu tapi masih suka baca. [:
hati………
Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati.Hati aku.
Hati kau? Hmm… kenapa kau sudi kasi kat aku??
Sebab kau jadi sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih… Ianya beerti..
Aku terlalu menghargainya.
Oh ye ke? ..tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.
cuma sebahagian saja…
Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri semuanya.
aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut.
hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya,
Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit,permata dn sebagainya.
Hati ini penuh mistik,ada keajaiban yg tersendiri.
Mistik? Kelakar bunyinya…
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yg aku beri. Jika dia betul-betul ikhlas,
hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siaknnya, hati ini akan malap.
Mungkin akan terus mati
Posted in Uncategorized on 03/01/2010 06:57 pm by iena
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hai saya Iena, tapi dipanggil Tintut oleh nenek, masih ingatkah anda dengan saya? Hahahaha…
Tiba-tiba.
Cuti haritu sangat memenatkan dengan membuat pelbagai aktiviti yang tak berapa nak berfaedah. Heh. Bermandi-manda di Bukit Gambang Waterpark dikira sebagai berfaedah jugaklah kan kerana menjana ekonomi negara sekaligus bla bla bla (karangan tingkatan 3. Nak kata darjah 6 macam tak logik sangat pulak. Haha) Senang cerita tengok gambar kat fb.
Anyway, semalam Ayah yang hantar balik hostel. Barang punyalah penuh sampai jiran sebelah kata stok berapa tahun punya barang. Ewahh kaki skodeng jugak engkau ye.
Bilik baru aku sangat PANAS. Bukan panas sebab ada gangguan jiran sebelah ke, atau ada aktor utama filem Percy Jackson singgah rehat ke apa, sebaliknya kipas siling walaupun nombor 5 tapi agak perlahan berbanding kipas bilik Milin dan ruang tamu. Sobs sobs sobs T_____T Ada sesiapa nak sponsor aircond? Huhuh. Tidak lupa, setiap kekurangan pasti ada kelebihannya. Jeng jeng jeng :

Dari tingkap aku
Bolehlah kita cuci mata tiap-tiap petang ye (kira exercise jugaklah kan). Astaghfirullah. Bye. Alhamdulillah, GPA naik. Hehehehe.. BLM BLM BLM SE.. Ke mari kau.. Hahaha..
Oh iya, tadi google macam-macam perkataan. Perkataan apa Iena? Eh rahsialah mana boleh bagi tahu. Haha. Tiba-tiba tergoogle SK Seri Kampung Tengah, Renggam. Lalu terjumpa blog milik sekolah berkenaan. Sila lah klik jangan malu jangan segan. Err, engkau jangan buat-buat tanya ini bekas sekolah artis mana pulak. Sebenarnya bekas sekolah Ayah dan adik beradiknya. Huehuehue. Anyway, Allahyarham En. Beyek bin Kariya ialah moyang aku atau orang Jawa panggil buyut yang merupakan bapa atau emak kepada datuk atau nenek kita. Sepanjang 19 tahun hidup aku baru tau kisah tersebut. Isk isk.. Sebenarnya sekolah tersebut depan rumah embah tapi padangnya lah. Ah aku explain engkau bukan boleh imagine pun. Lain kali aku upload gambar kalau balik rumah embah. (Eh Iena, atuk kita orang pun glamer jugak lah, siap buat lapangan terbang dulu.) Hahahaha wtf, ada aku kesah? Ini blog aku baii.. Engkau nak bising-bising pergi beli domain pastuh buat blog sendiri sana. Kalau rasa macam menyampah dan rasa nak pitam boleh tekan Alt+F4 sekarang. Jangan risau, aku bukan tahu pun. Hahahahaha macam fchfsgduyasfgduyas lah lu Iena. Dah lama tak makan kasut ye?
Dah lah. Ini rasanya antara entri terpanjang bagi tahun 2010. Sekian.