Assalamualaikum. Okay nak gelak kejap [padahal lama]
Err nak mula ayat macam mana eh? Aduh.. Ketandusan idea tetiba walhal tadi dalam kelas punyalah mengarang sakan kalah karangan 6 muka surat SPM. Maaf sangat-sangat dah lama tak update blog sebab kesuntukan masa. Haha suka hati nak percaya ke tak tapi macam tak nak percaya kan. Kan kan? Mesti engkau bosan sebab tiap kali update blog mesti menggunakan intro yang lebih kurang sama. Tema : Mintak maaf sebab dah lama tak update blog. Kahkah perasan betul padahal takde siapa nak baca. Okay fine T________T Eh eh least I tau ada beberapa orang yang baca sebab selalu tanya tak update blog ke, tak pun jumpa lepastuh membicarakan isi kandungan blog.. Hahahaha. Anyway, aku merindui isi kandungan blog lama berdomainkan sangkut.org tapi dah tak back up nak buat macam mana kan. Menangis air mata darah sekali pun tak guna takkan muncul balik. Kat situ lah entry-entry bercirikan pelajar sekolah plus asrama tersemat.
Kehidupan di UNITEN macam biasa cuma kadang-kadang terlewat masuk kelas. Ehem, I bangun awal okey tapi tah kenapa mind set ke hapa tah mesti tunggu bas jam 9.30-9.40 pagi tapi belakangan ini dah awal sikit lah.. hehe.. Anyway aku sangat bersyukur dengan kawan-kawan yang ada di sekeliling, walaupun tak sama dengan sahabat-sahabat baik yang masing-masing meneruskan perjuangan di tempat yang berlainan. Walaupun masing-masing cuti tapi jangan harap nak jumpa sebab mempunyai komitmen yang luar biasa. Pipi contohnya, mesti nak kerja kat Jusco demi Ah Wei kesayangannya.. Sanggup si Ah Wei bayar extra RM0.50 sejam sebab nak Pipi kerja walaupun seminggu sahaja. Haha.
Okay kejap lagi update pasal pengalaman kerja kat Jusco walaupun dah setengah tahun meninggalkan karier tersebut. Eh ada lagi. Lupa nak cerita pasal cafe kat COIT. Tender baru kan, tetiba harga ikan keli seekor RM2.50, nasi putih RM1.50.. Rasa nak pengsan tak? Jom pengsan sekarang. Lunch aku bernilai RM7.80 tadi. [Eh Iena, standard lah kat bandar harga macam tu, kecho lah engkau] Hahaha embahkau standard. Engkau ingat ini bandar apa? Bandar di raja? Selama ne makan kat cafe tu tak pernah lebih RM5 tau! Bak kata Lisa, “nasik lemak aku makan selalu RM2.80 je.. Perghh perghh” Ikin pulak, “Fuhh Ikin selalu makan nasik lemak kat Upten pun RM3.00++ siap air buah lagi”. Last week ayam goreng masih berharga RM2 seketul tapi tetiba semalam naik RM2.50. Kenapa wahai makcik? Ingat kami staf ke? Adehh. Nasib lah dah 1 cafe sahaja yang wujud kat COIT. Walaubagaimanapun, tahniah makcik sebab tak ada bad record lagi macam pakcik tender sebelumnya. Bayangkan tengah sedap aku makan lepas 24jam tak makan nasik tetiba ada lalat kejung? Hahahahaha nak tak nak sambung makan terus buat-buat tak nampak sebab dah kebulur tahap hcgsduifw. Gambar ada tapi nanti lah upload kalau rajin sebab malas nak bluetooth dari handphone.
Ada lagi. Teringat pulak bila bercerita pasal gambar. Tadi letak camera sebelah laptop sebab nak transfer gambar, tetiba setengah jam kemudian baru perasan yang kamera dikelilingi semut. OMG.. Terkejut gila gua tangan siapa lah yang “manis” yang gatal pegang kamera. Nak menangis gua tetiba tengok semut yang sebegitu banyak menodai kamera kesayangan T__________T
Akhir kalam, ini lah entry bercirikan takde idea tersebut. Selamat menyambung kerja masing-masing.
p/s : i’m sorry if i didn’t approve you in my FB. Just because, it’s too privacy.


