i’m back!!

Assalamualaikum semua. Maaf buat semua peminat yang dicintai dan dirindui sekalian kerana sudah lama melupakan blog ini. (ewah intro nak poyo je) haha.

Agak lama jugak tak update sebenarnya, semuanya dalam draft sahaja. Kalau dalam draft sahaja maksudnya alamat lah so lepas ini takkan buat draft lagi dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengupdate blog setiap hari (kalau mampu). Sebenarnya aku lupa doh ada blog siap password n username pun tak ingat dah tapi nasib baik flock daku hebat boleh save password bagai. (Hek eleh iena, browser kitorang pun boleh lah). Haha nak bangga sket pun tak boleh.

Selamat hari raya adilfitri maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali diri ini tidak kira di mana anda berada sama ada di pluto, marikh hatta dalam tanah sekali pun.

12 Oktober ini akan bermulalah peperiksaan akhir trimester untuk trimester pertama. So para pembaca blog sekalian (walhal tak ada sapa nak baca pun T______T [anggap ada jugak] nangis lagi T_____T) doakan yang terbaik untuk aku. Kak Pidah kata kalau dapat 3.5 n above dia sanggup bagi w550i yang berikat getah tempe. hahaha. i loike.

okay lah semua buku dah memanggil. (eleh padahal nak lipat baju yang berlambak)

Leave a comment