Archive for September, 2009

Ihya’ Ramadhan

Alhamdulillah. Dengan izin Allah SWT, program berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya mengalami masalah. Biasalah, kalau tak ada masalah, tak ada la cabaran kan. Program berlangsung di beberapa buah kampung di sekitar Gombak. Kampung Sg. Pusu, Kampung Sg. Chinchin dan Kampung Sg. Changkat. Kami seramai lebih kurang 50 orang terdiri daripada ahli-ahli PEPIAS daripada berbagai cawangan dibahagi-bahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan akan dapat 3, 4 atau 5 buah rumah. Group aku dapat 3 buah rumah sahaja. Hehe^^

Rumah pertama yang dituju ialah rumah seorang pakcik yang cacat sejak lahir , kemudian ke rumah seorang nenek tua berusia 95 tahun yang baru lepas menjalani pembedahan kerana terjatuh sewaktu hendak mengambil wudhu’ dan terakhir ke rumah sepasang suami isteri yang berusia dalam lingkungan 75 tahun. Gambar akan diupload kemudian. Sebak melihat insan yang serba kekurangan ini. Lantas teringat nenda di rumah yang tinggal seorang diri lalu berazam nak berbuka puasa di rumah nenek tiap hari kalau boleh tapi kalau dah dapat internet di rumah, alamat la. Huehue. -.-

Mereka semua serba kekurangan tapi hidup dengan bahagia. Kita yang serba lengkap ini? Masa tunggu Abg Anam n Kak Nur ambik kat LRT Taman Melati, ternampak dua orang buta turun dari teksi lalu meraba2 dengan tongkat dan hampir terlanggar tiang. Omaigod. Sayu betul rasa nak nangges time tu jugak tapi tahan (sebenarnya dah menitik pun setitik dua). Lalu aku tunjukkan tangga, nak beli kan tiket sekali tapi, entahlah. Mungkin kesedaran sivik masih kurang lagi.

Ada juga para sahabat yang ke rumah orang bisu dan pekak sekeluarga, masalah mental dan bermacam-macam lagi. Kalau bisu dan pekak, mesti tak ada yang sentap kan? Yes, macam aku sentap masa KKPI haritu. Makan dalam siak. Walaupun aku ni jenis yang malas fikir dan tak berapa nak berperasaan, but frankly speaking, words dia doesn’t make sense!

Lastly, rasa bertuah dapat mengenali Kak Zati, Kak Hanis dan Kak Nur. Thanks guys. Sayang kalian!

Tamat. Hampir banjir plak keyboard ni sebab menaip entry sambil T________T

Tag oh Tag

Bukan smart tag ye harap maklum. Ini tag daripada Anot.

‘STATE 5 INTERESTING THINGS ABOUT ANOT’

1. Suka belanja aku makan
2. Mengidamkan N97
3. Bfnya ialah sepupu aku (interesting ke?)
4. PELUPA
5. kesemua di atas

now ‘TELL 10 THINGS ABOUT MYSELF’

1. Tidak suka menunggu walaupun sesaat hatta engkau perdana menteri sekali pun. Tolong tepati masa.

2. Tak suka orang panggil nama aku Amal tapi since bros n sistas PEPIAS panggil Amal, I like mat rempit.

3. Suka makan bawang besar dan ayam goreng.

4. Mencintai barangan SONY dan NIKE.

5. Pelupa kadang2. So tolong ingatkan banyak2 kali kalau ada apa2.

6. Lebih rela online dan tido dari makan, lagi2 kalau terpaksa ke upten

7. Sedang belajar di UNITEN dan berharap dapat grad dengan cepat, kerja cepat2 kawen cepat2.

8. Bercita2 memiliki perniagaan sendiri kelak.

9. Tidak suka tempat yang sesak dan ramai orang…eee yewww…

10. Choosy dalam berkawan.

CHOOSE 10 BLOGGER AS MY AWESOME BLOGGER BUDDY

Tak ingat rakan mana yang ada blog sebab tak link kan..hehe^^ So kalau sesiapa baca, sila lah tag diri sendiri jangan malu jangan segan.