Archive for October, 2008

Iena dihari Sabtu

aku confuse..tolong tolong tolong..
minggu ini aku balek..yeah9..

PAGI
aku balik semalam..terlalu byk perkara yang perlu diselesaikanlah seperti seorang CEO syarikat yg mahu mengahwinkan anaknya..eh,ape kaitannya? ok move on..jumaat aku mahu enjoy sahaja..terlalu banyak perkara yg menekan, tertekan, ditekan dan menekankan..oh apekah? tolong jangan tiru tatabahasa aku okeh, semestinya aku seorang penglipur lara yg hebat dan x bisa ditandingi sesiapa..haha..mengarut lagi..aku belum lagi mengutarakannya..takut2 ditolak mentah2..macam sushi…

aku tak tau nak buat apa harini…ade beberapa jemputan rumah terbuka..juga plan melantak bersama teman2 seperjuangan, sebumbung, setempat tidur dan se….bangun2 dari tidur, aku seperti terkena kezutan elektrik ala2 zaman hitler dahulu kala..aku ditinggalkan keseorangan lagi huh…tidak mengapa, sudah terbiasa dan dibiasakan semenjak kanak2 lagi..

ouhh sebenarnya pakcik yg berada di Seremban mahu datang..mujur ibu dah siap2kan mihun sup awal2..hehe..nak harapkan aku? boleh..tiada masalah..pastikan kalian menyediakan perut yang kental dan pejal untuk merasa hasil kerja tangan aku..kahkah..juga bersedia untuk menginap dan merempat di hospital..tapi,persoalannya,sudikah mereka menyicip air tangan aku, atau air tangan aku sudi dicicip mereka? aneh bukan..saling bertanya “mereka”

Akhirnya,tetamu yg ditunggu2 muncul juga..dengan diriku yg masih belum bersiram lagi..haha..mesti along dan angah pelik..biar la,kanak2 kan..dgn selambanya aku pun mandi sambil menyanyi2 ringkas secara perlahan2 tapi agak sedap la kan..lepas mandi, pakai baju kan..lepas pakai baju….Woi, itu pun nak baca ke?

Lepas tuh, aku pun bertungkus lumus di dapur…Membuat gaya2 chef yg hebat memasak mihun sup yg telah sedia di masak..aku sekadar memanaskan sup dan menuang mihun ke mangkuk2 sahaja sebenarnya..tapi, bukankah gaya itu penting? Seterusnya, ayah pun memanggil mereka sekeluarga dan memberitahu aku yg memasaknya..hebat bukan ayahku? kagum lah..turut membantu menaikkan saham aku yg walaupun maman izam hanya mempunyai anak teruna yg berusia 6 dan 3 tahun..kehkehkeh…Sesiapa yg mahu berjodoh atau mempunyai jodoh untuk jejaka 2 org ini, boleh la memberi tahu aku..mereka sangat cute lah i tell u..Pasti hensem kelak..kehkehkeh..

selepas makan, para tetamu berbaring2 dan bermalas2an di hadapan..biasa lah, semua macam harimau kekenyangan. Dan tiba2…mereka (along,angah,adib n iqbal) berada di belangku..ouhh tidak..mereka turut berada di dalam bilikku rupa2nya.semestinya mereka tergamam kot melihat bilik aku yang “kemas” ini..haha..aku pun memberi mereka peluang mereka berkonferens dengan kak wa..adoii budak2 neh..mujur la mereka mempunyai sepupu yg sangat baik hati seperti aku neh..haha…

Kira2 jam 2.30 ptg lebih sikit, mereka pun beransur setelah memberu duit raya..hehe,raya x sempat berjumpa di rumah embah..seterunya mereka menuju ke rumah maman alim rasanya..

Lantas aku bersiap2 untuk ke rumah guru ku..Walhal, aku hanya memakai sehelai tshirt dan jeans sahaja.hehe..oopppsss,yg lain2 turut pakai okeh..aku begitu excited merempit..sebelum itu, aku bersemangat membeli side mirror di kedai SMM Muthu..seorang abang kaum itu melayan aku..aku meminta cermin sisi untuk di pasang di motosikalku setelah yg dibeli oleh adik aku dirembat ketika memparking moto di sebelah CIMB Bank..jahanam kau pencuri..
Semasa membeli, anei itu berkata, “kena beli dua2 dey..” aku jawab, “iye la, xkan saya nak beli sebelah je kot” dia, pun pasang..Lahh dia pasang 2 2 belah kah? baru aku perasan..Lantas aku memintanya membuka yg sebelah lagi..begini perbualan kami:

+ Ala, buka la sebelah lagi, skema la.
- Ayo, suda pasang la dey.
+ Nanti adik saya cakap say tah hapa2 la dey
- Ayo u punya adek

Banyak cakap pulak india neh..Dan aku lantas memberi tendangan side-kick, buku 5 di hidungnya yg mancung sehingga berdarah2..Maaf, hanya fantasiku semata-mata..Lantas dia pun mengikut permintaanku yg ringan itu. Akan tetapi, aku agak konfius. Cermin manakah yg harus dibuka? kanan atau kiri? ada sesiapa boleh memberi pendapat? Aku lebih prefer cermin kiri..pelikkan? kerana aku adalah seorang right-handed gadis.. Sewaktu sekolah rendah, aku juga melompat ke kiri jika bermain getah..walhal mereka yg lain melompat ke kanan.Mungkin kerana campuran gen2 ayahku yg merupakan seorang left-handed..bukan ahli kumpulan Lefthanded okeh!.Mujur semua hanya RM10 sahaja.Itu pun ayahku bagi duit.Nak harap aku? Boleh..Pastinya selepas itu aku akan memberi bil2 lain sekali yg tidak ada kena mengena kepada ayahku untuk claim semula..haha..Dan, aku pun memandu motosikal dengan penuh excited yg meluap2 tanpa lesen dan side mirror sebelah lagi…. Maaf, aku amat anti dengan mat rempit..Keji..

PETANG
Maaf, kemalasan telah melanda diri aku..

Sekian..

DUIT RAYA!!!

ahaha…aku x tau brapa byk duit raya yg aku da dpt..erkkk..banyak kah??
jom kira..

1st Syawal..

Nenek: RM 30
Kak Yati: RM 10
Maid Kak Yati: RM 2
Ibu: RM 10

2nd Syawal
Maman Alim: RM 50
Wak Ran: RM 3

3rd Syawal
Wak Ree: RM 5
Maman Ajis: RM 10
Cik Ila: RM 15 (Claim raya lepas yg terlupa :RM 10) =RM 25
Embah Wedhok: RM 5

4th Syawal
Wak Yah: RM 5
Abg Roy: RM 2
Kak Lily: RM 5
Kak Erine: RM 5
Wak Kin: RM 5
Ayah: RM 50

5th Syawal
Kak Yan: RM 2
Wak Inah: RM 3
Nenek: + RM 20 lg…

ni je la yg sempat aku collect..ade lg beberapa pakcik dan makcik yg belum sempat diziarahi..hehehe.. jeng9….

HIDUP INI MEMANG PALAT..TAPI ESOK MASIH ADA..

Well…tagline filem KAMI The Movie yg baru aku tonton dan telah tamat jam 1.50 pagi sebentar tadi benar2 cocok dgn posting aku kali ini..

kenapa? lu pikir la sendiri jwb nabil…hm..aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu mengexplainnya..terlalu pantas masa berlalu dan terlalu banyak perkara yg berlaku..yg benar2 menguji kehidupan aku sebagai seorang anak, kakak, sahabat, pelajar n bla9..

ya,tidak keterlaluan untuk aku memperkatakannya..semakin hari, hidup ini benar2 menguji..bukan sekadar menguji, tetapi membuatkan aku terpaksa memilih..memilih diantara 2 jalan..iaitu HIDUP atau MATI..jika aku pilih diantara kedua-duanya pun,hanya ada 1 pilihan.. BERJAYA mahupun GAGAL! dan aku??

hm…kali ini benar2 menguji aku..xperlu disangkal, aku mempunai hanya 2bln untuk meninggalkan mereka! aku benar2 tidak sabar..tidak sabar untuk itu dan HIDUP dgn BERJAYA…

aku sgt lelah..terlalu lelah..tidak ada apa lg g boleh membuatkan hari2 aku berlalu dengan ceria,gembira n bla9..lelah dgn karenah manusia yg pelbagai sebenarnya..

Aku bukanlah sempurna..jika kau mahu kesempurnaan, silakan..biar aku dgn cela ku..

***zzzzz***

RAYA oh RAYA..

hari ini 5 Syawal..mari dengar ini cerita..

1 Syawal…

aku x berapa bersemangt utk raya pagi ini..aku lebih gemar bejual beli di WLO..bepuluh2 gold aku dapat dlm 1 pagi..hoho..dtg rumah nenek tghhari.pkl 12 lbh kot…dan terus makan2..
pkl1.30 bersama boboy ikut kak iecha ke seremban mengambil mut..pkl5 tiba di rmh nenek kembali..kami pun berdiscuss mahu menonton muvi apekah ptg ini..
dan lepas beraya n bla9…kami pun menuju ke Jusco bukit tinggi..akhirnya aku,alip,boboy,k.liza,k.qila,ikram,k.iecha n mut menonton filem SENARIO THE MOVIE- episode 1 jam 7.20 mlm..sangat kelakar gila vabi~

MALAM RAYA


Minah ne nyanyi lagu rahimah rahim?? ape kelas..!! hahaha!! embah haku pon bleyh..hahaha…

Ouhh ya…malam raya ne aku lepak2 di rumah mak ijan..(salah sorang makcik yg aku panggil mak di dpnnya)…main2 mercun,meriam n bla9…

sampai la di satu babak..

aku: boboy!! nak laguuu!!
boboy: ambikk la..tapi “benda2″ yg laen tu buat x tau jea..
aku: erkkk..oke…
boboy: haha…
aku: eh…lagu INCLOSE pun ader??
boboy: hehe..
k.liza: sape inclose tuh? x kenal pon..
aku: hahaha…x howttt pon..
boboy: budak tuh baye iena je za…
aku: eleh..igt aku heran..huh..

dan aku pun membluetooth lagu tersebut dan terus mendengarnya sambil mengutuk2…hahaha…

DOwnload HERE

p/s: aku bkn nak mempromosi mereka di sini..ha9!!

bye nak melanatkk!!

===mati===