Omaigod…sangat bersemangat pagi ini…memulakan hari seawal jam 6.15..awal kah? hakhak.. setelah berhempas pulas menyiapkan beberapa perkara malam tadi sehingga jam 2.45 pagi..dahsyat bukan.. Malam semalam, rumah aku berulang kali kedengaran suara2 “tanggang2, emak2″ dan lain2..Mungkin jiran2 merasa pelik..Siapakah yg menjadi tanggang dan kanak2 di malam2 buta ini..iena dan alepkah bersama ibu bapa mereka? haha..lantak lah..
Pagi ini ke sekolah dari rumah..Ibu menghantar sehingga ke asrama..Sekolah terasa lapang..Lapang selapang lapangnya..teramat lapang..Seperti melapangkan dan dilapangkan..oh, apekah?.. Semestinya tiada huru hara atau ribut taufan melanda kecuali pelajar2 PMR dan ting. 5 yg tinggal kerana tidak mencutikan diri sendiri..Persoalannya, wajarkah pelajar yg mengambil PMR mencutikan diri? Jawab sendirian berhad..
Setelah perhimpuran, pelajar diminta bersorak bersurai ke kelas masing2 secara aman damai dan makmur tidak seperti anak kambing terlepas kandang yg dahagakan rumput.. Kami (5 SC 1) dipindahkan ke 4 SC 1..Omaigod, berpindah lagi? Dlm perjalanan ke kelas, rupa2nya mereka sudah berkampung dan membuat rusuhan di 5 PS..oh tidak, inikah classmates ku? Tertekan, kipas mematikan diri rupanya..Kipas yg mematikan diri atau elektrik yg tidak menghidupkan dirinya lalu memberi tenaga kepada kipas untuk memutarkan dirinya setelah berlakunya tenaga kinetik? eh, ayat aku seperti subjeknya di belakang..ayat apakah?Kami seperti cacing kepanasan..terdapat juga sekalian rakan yg memanaskan diri masing2 dengan mentawaf kelas..Tiba2…5 SC 2 berpindah ke hujung tanjung blok..Ohh tidak… Kami tetap tidak akan berganjak..duduk di kelas ini sgt relax..mendamaikan dan seolah2 dikelilingi hutan belantara.hebatkan..mari2 berpindah ke 5 PS 5 SC 1 yang kedudukan kelasnya mendamaikan ini..
Keesokannya
Oh tidak..Pagi2 kagi kami diminta mengerahkan tenaga dalaman dan luaran untuk berpindah ke kelas bersebelahan 5 SC 2..Omaigod..Suasananya sangat memberangsangkan untuk belajar..Kedengaran beberapa suara sumbang berteriakan seperti monyet kehilangan anak i tell u..Atau anak monyet kehilangan arah serta ibu susuan atau tumpangan.
Aku pulang ke rumah dgn menaiki kaki..Bukan, berjalan kaki sebenarnya..Wujudkah kenderaan menaiki kaki? Lupakan… Penat tahap pluto lah..Boleh kurus kalau semingguan begini..bagus untuk kesihatan jugak..haha..Oyya.. Aku terpaksa mengclaim RM180 terhadap ayahanda kerana merepair HP setelah singgah bertanya khabar terhadap amoi tersebut..haha…yeahyeah. HP akan diambil esok tengahari..Bolehla aku ber3G kembali..Mari mari mari..
Tamat..
Sila bersurai~









