aku confuse..tolong tolong tolong..
minggu ini aku balek..yeah9..
PAGI
aku balik semalam..terlalu byk perkara yang perlu diselesaikanlah seperti seorang CEO syarikat yg mahu mengahwinkan anaknya..eh,ape kaitannya? ok move on..jumaat aku mahu enjoy sahaja..terlalu banyak perkara yg menekan, tertekan, ditekan dan menekankan..oh apekah? tolong jangan tiru tatabahasa aku okeh, semestinya aku seorang penglipur lara yg hebat dan x bisa ditandingi sesiapa..haha..mengarut lagi..aku belum lagi mengutarakannya..takut2 ditolak mentah2..macam sushi…
aku tak tau nak buat apa harini…ade beberapa jemputan rumah terbuka..juga plan melantak bersama teman2 seperjuangan, sebumbung, setempat tidur dan se….bangun2 dari tidur, aku seperti terkena kezutan elektrik ala2 zaman hitler dahulu kala..aku ditinggalkan keseorangan lagi huh…tidak mengapa, sudah terbiasa dan dibiasakan semenjak kanak2 lagi..
ouhh sebenarnya pakcik yg berada di Seremban mahu datang..mujur ibu dah siap2kan mihun sup awal2..hehe..nak harapkan aku? boleh..tiada masalah..pastikan kalian menyediakan perut yang kental dan pejal untuk merasa hasil kerja tangan aku..kahkah..juga bersedia untuk menginap dan merempat di hospital..tapi,persoalannya,sudikah mereka menyicip air tangan aku, atau air tangan aku sudi dicicip mereka? aneh bukan..saling bertanya “mereka”
Akhirnya,tetamu yg ditunggu2 muncul juga..dengan diriku yg masih belum bersiram lagi..haha..mesti along dan angah pelik..biar la,kanak2 kan..dgn selambanya aku pun mandi sambil menyanyi2 ringkas secara perlahan2 tapi agak sedap la kan..lepas mandi, pakai baju kan..lepas pakai baju….Woi, itu pun nak baca ke?
Lepas tuh, aku pun bertungkus lumus di dapur…Membuat gaya2 chef yg hebat memasak mihun sup yg telah sedia di masak..aku sekadar memanaskan sup dan menuang mihun ke mangkuk2 sahaja sebenarnya..tapi, bukankah gaya itu penting? Seterusnya, ayah pun memanggil mereka sekeluarga dan memberitahu aku yg memasaknya..hebat bukan ayahku? kagum lah..turut membantu menaikkan saham aku yg walaupun maman izam hanya mempunyai anak teruna yg berusia 6 dan 3 tahun..kehkehkeh…Sesiapa yg mahu berjodoh atau mempunyai jodoh untuk jejaka 2 org ini, boleh la memberi tahu aku..mereka sangat cute lah i tell u..Pasti hensem kelak..kehkehkeh..
selepas makan, para tetamu berbaring2 dan bermalas2an di hadapan..biasa lah, semua macam harimau kekenyangan. Dan tiba2…mereka (along,angah,adib n iqbal) berada di belangku..ouhh tidak..mereka turut berada di dalam bilikku rupa2nya.semestinya mereka tergamam kot melihat bilik aku yang “kemas” ini..haha..aku pun memberi mereka peluang mereka berkonferens dengan kak wa..adoii budak2 neh..mujur la mereka mempunyai sepupu yg sangat baik hati seperti aku neh..haha…
Kira2 jam 2.30 ptg lebih sikit, mereka pun beransur setelah memberu duit raya..hehe,raya x sempat berjumpa di rumah embah..seterunya mereka menuju ke rumah maman alim rasanya..
Lantas aku bersiap2 untuk ke rumah guru ku..Walhal, aku hanya memakai sehelai tshirt dan jeans sahaja.hehe..oopppsss,yg lain2 turut pakai okeh..aku begitu excited merempit..sebelum itu, aku bersemangat membeli side mirror di kedai SMM Muthu..seorang abang kaum itu melayan aku..aku meminta cermin sisi untuk di pasang di motosikalku setelah yg dibeli oleh adik aku dirembat ketika memparking moto di sebelah CIMB Bank..jahanam kau pencuri..
Semasa membeli, anei itu berkata, “kena beli dua2 dey..” aku jawab, “iye la, xkan saya nak beli sebelah je kot” dia, pun pasang..Lahh dia pasang 2 2 belah kah? baru aku perasan..Lantas aku memintanya membuka yg sebelah lagi..begini perbualan kami:
+ Ala, buka la sebelah lagi, skema la.
- Ayo, suda pasang la dey.
+ Nanti adik saya cakap say tah hapa2 la dey
- Ayo u punya adek
Banyak cakap pulak india neh..Dan aku lantas memberi tendangan side-kick, buku 5 di hidungnya yg mancung sehingga berdarah2..Maaf, hanya fantasiku semata-mata..Lantas dia pun mengikut permintaanku yg ringan itu. Akan tetapi, aku agak konfius. Cermin manakah yg harus dibuka? kanan atau kiri? ada sesiapa boleh memberi pendapat? Aku lebih prefer cermin kiri..pelikkan? kerana aku adalah seorang right-handed gadis.. Sewaktu sekolah rendah, aku juga melompat ke kiri jika bermain getah..walhal mereka yg lain melompat ke kanan.Mungkin kerana campuran gen2 ayahku yg merupakan seorang left-handed..bukan ahli kumpulan Lefthanded okeh!.Mujur semua hanya RM10 sahaja.Itu pun ayahku bagi duit.Nak harap aku? Boleh..Pastinya selepas itu aku akan memberi bil2 lain sekali yg tidak ada kena mengena kepada ayahku untuk claim semula..haha..Dan, aku pun memandu motosikal dengan penuh excited yg meluap2 tanpa lesen dan side mirror sebelah lagi…. Maaf, aku amat anti dengan mat rempit..Keji..
PETANG
Maaf, kemalasan telah melanda diri aku..
Sekian..










owh..
kita org sajer2 jek wat!!
bley bg e-mail blog nih??
hehe..
kengkawan ke!!
plizz3333!!!
PMG??