Tuan tanah kembali.

Tak tau nak mulakan blog macam mana. Doa qunut ke? Haih. Oh ya, kembali mengupdate maksud aku. Jangan kau fikir kembali ke rahmatullah pulak hepp!

Sebenarnya sekadar nak upload pics. [padahal sebelum ini dah upload kat FB, flickr etc] Takpe lah at least berupdate jugak blog yang berdomain nuramalina[dot]com ne. Ada beberapa cerita yang aku nak share sepanjang kerja kat Jusco waktu cuti sem haritu but later lah. [Haha dulu pun later alih2 nak dekat 2 tahun aku hutang cerita dengan kau orang. Sorry uolss] Cambest je perasan ada orang baca blog dia Y_____Y

Ini beberapa keping gambar sempena wedding Kak Lily last month. Beberapa aje, yang lain kat FB. Hahaha.

Sekian. Jumpa lagi di lain hari dan waktu, tempat yang sama.

Aku Pantang Kalau;

Jemput masuk semua, jemput duduk, berdiri, etc tapi jangan buat macam rumah sendiri. Ini bukan blog orang pantang lepas bersalin ke apa, jangan risau kau tak silap blog. Tapi aku nak kongsi benda2 yang mungkin pada kau silly tapi aku pantang.Kau pun mesti ada pantang jugakkan. Ini blog aku cerita pasal aku lah takkan tokey basikal pulak. [Oh kalau ada reader tokey basikal maaf ye!] xD

1. Aku pantang kalau kau guna perkataan “suruh” instead of “mintak”. Contoh; [Biasa waktu kat asrama zaman sekolah dulu lah] “Iena, mak aku datang weekend ni nak suruh bawak biskut, sabun, beras, tong gas etc lah”. Hello, kau macam diva dan tuan besar pulak kan nak suruh-suruh ibu bapa kau yang lagi tinggi maqam nya. I hate it okek.

2. Aku pantang kalau kau naik kereta aku jadi driver dan kau jadi tuan. [Paling tak boleh blah yang naik free lah kan] Haha nasib lah lepas ni kalau kau tak nak naik kereta dengan aku. Hahaha lagi. Lain hal. Ada sekali kawan aku punya kawan naik sekali dan duduk depan. Yang tak boleh belah tu siap letak beg aku kat kaki dia. Embah dia lah, kau dah lah menumpang tapi nasib baik lah kau tolong tengok jeling jalan kalau tak memang aku dah tinggal tepi highway. Haha. Nasib baik kawan-kawan baik aku semua tak macam tu. Kalau tak memang putus kawan siap aku campak ikut tingkap terus. Salah seorang tu [nama rahsia ye ehem kang dia bangga pulak timbul riak ;p] siap riba kek, handbag aku yang tak berapa ringan dah lah dalam tu ada kamera, flash, extra lens bagai. Tabah aje aku tengok padahal seat belakang kosong. Agaknya kalau aku ada anak kelak siap dengan botol susu, trolley, diapers bag dia riba. [Kau jangan imagine kang pengsan aku tak bertanggungjawab]. Tapi sekarang macam tak kisah sangat sebab dah hafal jalan walaupun ada sedikit masalah short-term memory lost.

3. Aku pantang kalau kau masak atau buat air lepastuh rasa guna sudu, sudip, senduk, cangkul yang kau guna untuk buat air atau masak tersebut. Agak geli di situ. Maksud aku bukan geli apa, kau nak bagi tetamu makan [tetamu datang bawak rahmat ye] atau orang lebih tua atau berlainan jantina barangkali  lepastuh kau bagi yang dah kena air liur kau [mungkin pada kau pengikat kasih sayang kot]. Kalau teman sebaya ke, mungkin boleh consider sedikit. Kejadian ini banyak dilihat sewaktu zaman menengah rendah dulu sewaktu mengambil subjek ERT. Kan kita masak-masak secara berjemaah mendisasterkan makmal ERT siap ada kek sapa tah hangus terbakar, kau buat-buat lupa ke? Haha buat sesiapa yang aku tersound direct time kelas dulu sorry lah ye. Aku jenis tak kisah nak share air, straw, makanan etc tapi bila kau masak atau buat air nak bagi orang, kau macam bagi sisa pulak. Geli yaw. Aku harap kau faham, ini berbeza dengan bila kau berkongsi makanan atau minuman, jangan salah faham pulak.

4. Aku pantang kalau kau tak ucap terima kasih. Kau sedar tak ucapan tu macam suatu dorongan untuk orang buat lagi kebaikan yang lain. Tambah-tambah lagi dia akan rasa dihargai.

Aku rasa ada beberapa lagi tapi lain kali lah aku sambung. Ngantuk hoooo..

Movies Marathon

Dah berapa lama aku tak update blog? Ada sesiapa kira? [Iena, kenapa tajuk nak poyo in English tapi isi dalam Malays?] Fine fine… Huh!

Minggu ini tak balik [menaip sambil nangis-nangis padahal dalam hati]. Malas pulak nak balik tiba-tiba. Selalu hari Selasa atau Rabu sekurang-kurangnya dah siap-siap tanya Ibu Ayah free tak, boleh ambik tak. Tsk tsk. So dari bangun tidur sampai nak tidur menonton filem yang dimuat turun di server Sparx [aku tak kenal pun siapa tuannya isk isk] Terima kasih sebab mengurangkan kebosanan. Lol.

Hari Selasa haritu tengok Piala Thomas dengan Kak Fathin. Semangat kesukanan punya pasal kami sanggup turun padang stadium walaupun hujan lebat, padahal indoor stadium. Harga tiket pun boleh tahan [Rasa mahal sebab guna duit sendiri kan kan kan] Cuba kalau pergi dengan bapa, kau ambil tiket terpaling mahal pun tak rasa apa -,-” Janganlah pergi beli tiket konsert pulak.. hadoii.. Mujur lah majlis-majlis ilmu, ceramah2 agama tak memerlukan tiket. Kecuali ceramah-ceramah politik ehem lah, ada tabung derma. [Mampus kau Iena kena banned lepas ne]

Gambar-gambar macam biasa ada dalam FB, malas nak upload kat blog. Perlahan sungguh. Cuma ada gambar-gambar dari hp aje. Taknak tengok sudah. Boleh tekan Alt+F4 cepat-cepat.

Dimulakan dengan gambar tiket dahulu selepas bismillah.

Diikuti gambar tuan punya blog. Ehem.

Akhir sekali beregu kebanggaan negara yang kerap buat silly mistake dan di boo oleh satu stadium. Tapi dalam jiwa penonton di stadium mereka tetap menang lah, menang gaya. Hahaha.

Sekian. Anda semua boleh tidur tanpa marah-marah sebab tajuk lain tapi isi menyimpang sikit. haha. bye jumpa lagi kalau rajin.

macam-macam

Hai semua. Readers jawab : Bye Iena.
Y__________Y [sepuluh kali]

Dalam kelas account, tiba-tiba;

I : Eeee…. Hamster busukkkk laaa.
D : Hamster aku yang betina dah pregnant. Rajin betol buat!!
I : Aku bela guinea pig dulu busukkkk nak mampus.
W : Taik dia tak busuk macam taik orang.

Sebenarnya dialog ramai-ramai cakap dan tak macam satu cerita dah sebab time line lari sikit. Kitorang yang jauh sikit ne menyampuk apa-apa yang patut hahaha. Hermmm dah lama intro blog tidak dipenuhi dengan dialog-dialog yang macam cnsdhsuidchsuydbgsd. Kadang-kadang dalam kelas ada lah jugak dialog yang macam murni untuk dijadikan intro blog tapi lupa.. Contoh; “Most of u can score. I know whyyyy…!”, kata dokter Ewe. Eh macam mana boleh teringat pulak? Zzzzz…. Dulu boleh lah, macam-macam ayat keluar sebab duduk bertiga dengan Azmir dan Shidin. Haishhh. Lagipun iena.sangkut.org dah tak wujud, habis semua dalam-dalam tu. Entry kat akuiena.blogspot.com aje yang boleh direcover. Tak apa. Itu namanya tak ada rezeki. Anyway cik D, nanti hamster dah beranak kasi kat aku ye. Tiba-tiba teringin pulak nak bela. Hahahaha

Okaylah, jom tengok gambar cuci-cuci mata pulak.

Ini nasi goreng. Iena, kenapa tak macam rupa nasi goreng tapi macam nasi+bawang goreng? wuarrrr Y_____Y

ada gambar lain, dah upload tapi tak boleh insert pulak.. -.-”

dah lah. lain kali sambung lagi ye. [konon]

Rahsia Melalui Tulisan – Dr Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum.
Ehem.. Jangan tekan Alt+F4. Ini memang blog Iena, engkau tak sesat pun. Hahaha. Jangan pelik apasal tiba-tiba blog tiba-tiba jadi blog masakan, blog pelancongan, blog motivasi etc.

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

So macam mana? Ada persamaan tak? Tak salah kalau anda nak tukar tulisan untuk mengubah peribadi dan personaliti dengan sengaja supaya cemerlang dalam hidup.
p/s: esok ada test math. doakan yaw.